Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Monday, July 29, 2013

Sun will be Rise again..

Assalamualaikum stalker semua..

Disini apa yang aku ingin kongsi dalam blog aku nie adalah tentang kehidupan aku.. Alhamdulillah, keadaan aku semakin bahagia disamping orang-orang dan haiwan-haiwan yang aku sayang.. Setelah bermacam-macam dugaan yang menimpa aku pada sebelum ini, Insya'Allah apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan.. Dengan berkat kesabaran yang aku pendam selama sedekat (tua sangat ke aku nie??) telah mendapat hadiah yang sangat ISTIMEWA..

Mungkin sebelum ini aku tidak kenal diri aku sendiri atau mungkin aku terlalu takut dengan "Masa Depan" aku dimana aku takut perkara silam berlaku.. Maka apa yang aku anggap selama ini salah kerana ia sentiasa akan berulang berkali-kali sehingga aku takut pada bayang-bayang aku sendiri.. Apa yang aku pelajari dengan masa silam aku, ianya menjadi simbol kekuatan dimana aku harus terus bertahan dan memberanikan diri untuk membina kebahagiaan sendiri..

Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERKENALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PENGKEKALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERASAAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERCINTAAN.

Ini tidak bermakna aku harus takut dengan perkara seperti diatas untuk terus berulang kerana dengan banyak kali GAGAL, kita pelajari dari kesilapan dan cuba untuk memperbetulkan menjadi yang terbaik hingga kita berjaya menguasai perkara tersebut..

Disebalik kegagalan, ada juga yang aku berjaya.. Dan biarlah perkara yang berjaya aku pendam dihati kerana tidak ingin riak dikemudian hari.. Yang GAGAL harus disenaraikan untuk peringatan sendiri, yang berjaya adalah sebuah memori yang takkan lupa..

Insya'Allah, jika diberi rezeki daripada Allah SWT, aku akan tersenyum lebar dikemudian hari.. Apa yang aku ingin ceritakan bukan mengenai percintaan, tapi lain dari perkara "Mungkin" yang aku sebut tapi masih melibatkan diri aku..

Aku akan buang perasaan takut dan kuatkan perasaan berani..

BERANI menempuh dugaan,
BERANI menempuh masa depan,
BERANI merempuh ketakutan,
BERANI merempuh halangan.



P/S : Jangan terlalu Riak, Jangan terlalu Berharap, Jangan terlalu Takbur

Ikhlas dari : Rahiman Rahmat

Tuesday, July 23, 2013

Moving forward..



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hi korang, Selamat Pagi.. Kepada Muslim, korang pose tak hari nie?? Insya'Allah korang pose ye.. Pada yang tidak tu, pasti ada alasan tersendirikan.. Jangan lupe ganti ye.. =)

Pepagi yang tenang ini, aku saje nak share ngan korang, macam mane aku boleh rase tenang dan rase nak terus maju ke hadapan.. Biasalah, kita hidup di dunia ini mempunyai perasaan dimana kita dapat merasakan macam-macam jenis seperti suka, duka, sedih, perit, gambira, sakit dan macam-macam lagi.. Setiap perkara yang berlaku pada diri kita sebenarnya sudah ditakdirkan oleh yang Maha kuasa Allah SWT.. Tapi bukan semuanya yang dikawal olehNya.. Kita boleh mengubah takdir kita jika kita usaha lebih dari sepatutnya.. Ada yang ingin menghiburkan diri dengan makanan, ada yang melayan perasaan hingga jadi gila, ada yang meroyan tak tentu pasal, dan macam-macam lagi la perkara yang manusia nie lakukan untuk memuaskan mereka sendiri.. Ada yang tak boleh nak bersendirian, maksud aku yang tak boleh berstatus single.. Mesti nak ada pasangan supaya tidak kesunyian, kiranya nak perhatian lebih la.. Mungkin tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri kot.. Tapi takpe, itu semua hak masing-masing..

Nie aku nak cerita sikit pengalaman aku betul-betul menyayangi seseorang lebih dari segalanya dan akhirnya berakhir begitu sahaja.. Secara jujur memang sangat menderita.. Aku kemurungan, aku kebingungan, aku tak terurus, aku mula malas nak belajar dan macam-macam lagi.. Senang cite aku dah putus asa la.. Ye la, macam-macam kita lakukan, tapi tak pernah dihargai, malah nak lebih lagi.. WOW..!! Agak sukar jugak la nak memujuk hati ini.. Tapi Alhamdulillah, dengan berkat doa, berkat kesabaran, aku secara perlahan-lahan aku bangkit kembali menuju ke hadapan.. Tidak mahu lagi toleh ke belakang, dimana aku alpa dengan orang yang tidak menghargai aku, aku lupa bahawa aku ada keluarga yang sentiasa ada untuk aku, aku sanggup menipu kerana ingin menjaga hati orang yang aku sayang tapi tah kemana.. Aku mula sedar sekarang bahawa cinta sememangnya tidak boleh terlalu dalam..

Disaat aku mula bangkit kembali, tidak dinafikan sememangnya aku masih rindu pada si dia.. Cuma aku tidak mahu mengganggunya yang sedang bahagia.. Aku tidak mahu mengingat kembali perkara lepas.. Semakin aku cuba, semakin kuat perasaan rindu aku padanya.. Setiap malam aku bermimpi aku bertemu dengannya.. Aduh, memang sudah tahap kritikal.. Tapi aku tidak mengalah, aku tetap cuba melupakannya.. Hampir setiap saat aku berdoa supaya tidak lagi dihantui oleh si dia yang bermain didalam fikiran aku.. Dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku berjaya merentasi perkara diatas.. Apa yang harus aku lakukan adalah terus maju ke hadapan tanpa sebarang memori lampau..

Kini, aku masih didalam ketogori Pelajar.. Di samping itu aku mula berjinak dengan perniagaan.. Sedikit demi sedikit aku buat kerja untuk mendapat hasil pendapatan supaya perniagaan yang aku idamkan berjaya dibuka dalam masa terdekat..

Aku terus maju ke hadapan dimana aku cuba menyibukkan diri dengan kerja yang bertimbun..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku rapat dengan kawan-kawan lama, juga kenalan baru..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku tidak berseorangan dimana aku mempunyai keluarga yang sentiasa bersama aku dan sentiasa merindui aku..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku mula sedar apa yang aku harus lakukan dari dulu lagi..

Aku juga ingin berterima kasih kerana ditemukan si dia..

Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku masih lagi menjadi orang yang tidak berguna..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak punyai cita-cita..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak ada pencabar..

Alhamdulillah sekali lagi, aku diberi peluang dan rezeki yang murah oleh Allah SWT.. Aku sudah mula berada dilandasan yang betul.. Insya'Allah aku akan terus berjaya dan terus maju ke hadapan..

p/s : Lagu dibawah membuat aku bersemangat untuk bangkit untuk teruskan kehidupan aku terus maju ke hadapan..




Iklas dari : Rahiman Rahmat

Monday, July 22, 2013

BUKAN vs S.U.N.D.A.L..


VERSUS

* Kau sundal; memang dasar perangai macam celaka,

* Kau sundal; ada otak tapi letak kat lutut,

* Kau sial; memang dasar nak kena maki,
* Kau sial; ada otak tapi letak kat kaki,


* Kau dajal; bab mainkan perasaan lelaki memang kau hebat,
* Kau dajal; dasar pengkhianat, si musibat,


* Kau betina sundal; lepas mainkan perasaan orang kau cabut lari dan salahkan orang,
* Kau makhluk keji; otak kau ni otak manusia tapi letak kat kaki?
* Darah kau warna hitam ke! atau hati kau yang warna hitam celaka!'
* Dimana letaknya hati manusia kau; dan-dan kau dapat lelaki kau layan.janji boleh sental kau puas,


* Hey betina sundal; kenanglah sedikit budi sesama manusia,
* Memang kesal aku; pasal kau betina sundal luahan hati kau aku percaya bulat-bulat, akhirnya aku sendiri yang tersungkur parah,
* Apa kau dah buat pada aku sial; ada akal tapi pemikiran cuma tahap longkang yang penuh dengan sampah sarap.


* Eh betina sial! Kau semua buat nafas aku sesak!
* Eh betina sial! Kau buat otak aku semak!


* Wahai betina sundal sial; buatlah sesuatu supaya ayat aku tidak melangkah lebih panjang lagi, aku penat sial, digantung terkial-kial, jangan sampai aku menulis kisah keluarga kau pulak sundal sial !!!.


* Aku bersedia dan dah menjangkakan segala kemungkinan akan berlaku keatas diri aku, dah pun berlaku cuma belum yang terburuk sahaja, buatlah apa kau nak buat cuma itu sahaja permintaan kecil dan ringkas aku, selagi aku masih tergantung selagi itu aku akan menulis,


* Terpulanglah kepada kau berapa lama lagi kau nak mengantung aku tetapi ingat artikel tetap akan aku terbitkan cuma tak selaju dahulu....kira itu sula kasi muka sama lu olang tau ka !!!!, kalo wa cakap lu tatak paham lu pigi cari kamus baca lulu.....


* kau doakan aku panjang umur kalau tak.......semua artikel, laman webs, blog dan media yang lain akan jadi kenangan kau seumur hidup selagi kau hidup didunia ini...dan selagi ia tidak dipadamkan oleh aku selagi itu ia wujud...aku sudah berkata dari awal jangan sampai air-mata kau sendiri yang akan menemani hidup kau..


* kalau kau masih berdegil nak mengantung aku....terpaksa lah aku penuhkan data yang aku kosongkan didalam artikel...malu, segan dan maruah tercemar kau kena tangung sendiri sebab kau yang memulakan pengkhianatan ini yang nyaris mencabut nyawaku 2 ( DUA ) kali. 


* Permintaan yang ringkas pun kau tak mampu lakukan, memang kau lebih hebat dari abang sial kau...tidak tersangka aku sikap dan perangai mereka yang arif itu kau boleh mewarisi....sungguh kesal aku percayakan kau bulat-bulat dari awal..puncanya bala musibah yang menimpa aku sekarang..






p/s : Perkara diatas tiada kena mengena dengan aku atau sesiapa pun.. Akan tetapi kalau ada yang terasa, bagus la sedar diri.. Aku jumpa puisi nie semasa Search Google.. Macam best je.. =)

Petikan dari : Sini



















Monday, July 15, 2013

Thanks..


Kata kata di atas nie sangat bermakna dimana selama 24 tahun aku hidup di Bumi ciptaan Allah SWT ini banyak juga aku pelajari erti kehidupan. Setiap manusia diberi kehidupan yang berlainan. Ada yang hidup secara selesa, dan ada yang hidup secara merana. Alhamdulillah aku dibesarkan dengan cara Sederhana dimana tidaklah semua benda yang aku pinta akan aku dapat, sekurang kurangnya orang tua ku mampu memberi kami adik beradik makan, pakai, keperluan. Kalau pasal kehendak tu, kami kene usaha lebih la. Huhu~~..

Dalam kehidupan aku, ramai juga yang aku kenal, ramai yang sudah lost contact, ramai juga yang baru ku kenal. Alhamdulillah sekali lagi kepada mereka yang setia berkawan bersama aku, walaupun sudah faham ragam aku, di waktu aku susah dan senang tidak sama sekali ketepikan aku, malah ada yang betul betul ambik berat pasal aku. Kepada yang hanya singgah sementara tu, terima kasih juga akan kehadiran kalian. Disini barulah dikatakan "balance" dimana ada perasaan gembira dan luka. Gembira sememangnya sementara, tapi luka memang kekal di dada.

Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sederhana, disini aku belajar erti kehidupan yang sebenar dimana aku mampu hidup walaupun dalam keadaan susah. Aku sudah merasa bagaimana hidup keseorangan lalu demam dan sakit melanda diri ini. Sememangnya diri sendiri juga perlu kuat dan cekal untuk teruskan hidup. Alhamdulillah dengan jiran dan kawan yang ada, mereka bantu serba sedikit.

Disini juga aku belajar tidak meninggi diri dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang ingin berkenalan. Orang seperti aku sememangnya mudah didekati jika mereka yang mulakan perbualan. Aku bukan friendly punya orang, tapi bila dah kenal, memang tak larat korang nak layan aku. Aku juga tidak mudah berkata kata jika baru jumpa dengan seseorang, akan tetapi bila aku sudah bersuara maka sampai Subuh belum tentu habis. Pergaulan aku memang agak kasar, kepada yang faham sahaja akan mampu bertahan.

Ape aku merepek nie.?? Dah la, aku stop sini dulu. Memang cerita tergantung, malas nak naip panjang panjang. Bukan ade sape bace pon. Huhu~~..

Assalamualaikum..

Ikhlas dari : Rahiman Rahmat

Friday, July 12, 2013

2013 - 1989 = 24

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hi, lepas Solat Jumaat tadi, bosan tak tahu nak buat apa.. Sementara tunggu buka pose jam 7:33pm sat lagi, aku teringat pada message yang aku dapat semalam.. Tak henti henti message yang aku terima.. Nak tahu message ape??

Semalam (11/07/1989) adalah hari jadi aku.. Seperti biasa, pada tanggal tarikh ini aku tidak pernah menyambutnya.. Kenape tidak sambut?? Sebab takde sape nak raikannye... Haha.. Aku tak kesah pon sebab sudah lali dengan perkara ini.. Jadi yang hanya aku terima adalah message dari FB, Celcom, Maxis.. Haha.. Kepada kawan kawan FB, thanks sebab wish.. Sebab kluar tarikh kan kat sebelah Wall FB tu.. Kepada member member yang rapat juga, thanks for your lovely message.. Terharu sangat (padahal message je pon) Hahah.. Tak lupe juga pada member yang jumpa depan depan memberi ucapan.. Haha.. Thanks guys..

Haaa.. Tak lupa juga kepada Family.. Serious best semalam sebab makan ramai ramai.. Kebetulan pulak hari jadi aku kali ini jatuh pada bulan Ramadhan.. Puasa yang ke-2.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat  time macam nie.. Nak diceritakan, semalam memang banyak la lauk ade.. Ade kari, ade gulai lemak, ade asam pedas.. Adoi.. Rambang mate.. Memang tak tahan la nafsu makan.. Makan sampai kenyang.. Semalam juga Family dari Kedah, mak tiri aku punye adik dan mak dia (MakTok) datang, itu yang jadi ramia tu.. So, kami lepak la ramai ramai.. Agak rase kekok jugak la sebab lame tak lepak ngan Family ramai ramai macam semalam.. Anyway, thanks guys sebab datang bukak puase sekali..

Itu je la ape yang berlaku pada hari jadi aku.. Haha.. Takde pape yang special kan.. Sebab ape nak special?? Bende nie semua semantara je kat dunia.. Pada yang ingat, Terima Kasih banyak banyak.. Pada yang lupa, aku tak kecik hati pon sebab dah biasa...

Bye..


Saturday, July 6, 2013

7 Rahsia KEPERIBADIAN WANITA MELALUI CARA BERJALAN..



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Sumber : Nota Info 1

Anime..


Kebanyakkannya..


Assalamualaikum dan Selamat Pagi pada semua pembaca yang sebenarnye tiada pembaca pon.. =)

Sudah tengok video ini?? Haa.. Nak habaq mai, memang betul ape Sharifah Sakinah nie cakap.. Memang ramai manusia sebenarnya PLASTIK.. Ape yang plastik nye..?? Ye la, kononnye depan orang pijak semut pon tak mati, tapi bile kat belakang, perrghhh..!! Haha..

Sebenarnye semua orang ade perangai Plastik nie sebab ikut kesesuaian dengan orang disekeliling kita la.. Ini bermaksud, bukannye kita perlu buat-buat perangai kita untuk nak attention dari somebody.. Sebagai contoh, apabila kita dengan Family, takkan la kita nak buat perangai tak senonoh macam kita ngan kawan yang gile-gile kan.. Mean here, apa yang cuba dimaksudkan, kalau kita ngan family still perangai ORIGINAL kita, tapi tak terlalu biadap.. Pabila ngan kawan-kawan plak suke hati la nak berperangai macam mane.. But jangan la just tunjuk-tunjuk sebab nak perhatian lebih..

Pada mula kenalan kebiasaannya akan kekok sikit.. But lama-lama bila dah kenal baru la kita tunjuk perangai sebenar.. Tak perlu jadi orang lain.. Just be Yourself.. Kalau orang tak suke, kite chau.. Tapi kalau orang berkenan, just make as friends..

Yes, dari sini la aku membuat kawan yang rapat dengan aku dulu dan sekarang..

Kenapa perlu HIPOKRIT..?? Bila kita jujur nak berkawan dengan seseorang, kita kawan la.. Bukan sebab rasa sunyi or WHATsoEVER.. But untuk kita berborak, buat aktiviti sihat, berhibur.. Kita sebagai manusia perlu bergaul antara satu sama lain.. So please, sesiapa yang tak suka nak berkawan ngan aku nie, tolong jangan HIPOKRIT or kawan sebab KESIAN je.. I'm Not that kind of Human.. Walau muka aku nie HODOH, but I still have FEELING that given by Allah SWT.. Kawan biar jujur.. Tak suka boleh bla..

Ikhlas dari : RAHIMAN RAHMAT

Wednesday, July 3, 2013

Perasaan yang tak diduga..



Pernahkah kamu berharap pada seorang mahluk,
Kamu berharap kebaikannya,
Kamu berharap kehadirannya,
Kamu berharap perhatiannya,
Bahkan kamu berharap kasih sayangnya,

Tapi..
Seringkah engkau dikecewakannya?
Seringkah engkau menangis karenanya?
Seringkah engkau merasa disakiti olehnya?

Lalu…
Pantaskah kamu masih berharap padanya?
Ataukah dalam kecewa, dalam tangis dan dalam sakit itu
Adakah kebahagiaan yang kamu dapatkan?
Apakah dengan kecewamu, dia berubah menjadi baik?
Apakah dengan tangismu, dia akan hadir?
Ataukah dengan perasaan sakit hatimu, dia menyayangimu?

Mungkin jawabannya TIDAK

Jadi…
Bukankah ini saatnya untuk kamu pergi?
Bukankah ini saatnya untuk kamu berpaling?
Bukankah ini saatnya untuk kamu menjauh?
Setidaknya pergilah dari rasa kecewa itu…
Berpalinglah untuk tetesan airmata itu
Menjauhlah untuk membahagiakan hatimu..
Sulitkah itu bagimu?

Jika “YA”,
Pikirkanlah betapa dia tak pernah mengharapkanmu..
Pikirkanlah betapa dia tak pernah mempedulikanmu..
Pikirkanlah betapa dia bahkan tak sempat memikirkanmu..
Tanpa kamu sadari…
Kamu telah hanyut dalam harapan, impian dan angan kosongmu

Sedikit kata darinya sudah membuat kamu merasa diperhatikan
Sedikit senyum darinya sudah membuat kamu pikir dia peduli
Sedikit kabar darinya sudah membuat kamu terlena, tak beranjak…

Ya… semua yg sedikit itu saja sudah membuat kamu bahagia…
Yg sedikit bahkan semu, sudah membuat kamu bertahan..

Untuk apa?
Untuk sesuatu yang KOSONG,
Untuk sesuatu yang tak pernah dia pikirkan
Untuk sesuatu yang bukan apa-apa untuknya
Untuk sesuatu yang DIA TIDAK TAHU

Atau sesuatu yang dia TAK AKAN PEDULI
Dan esok, lusa, nanti ataupun detik yang akan datang…
Kamu akan kecewa, menagis dan sakit hati lagi…

Tidakkah semua itu CUKUP?
Saatnya kamu melangkah Nak…
Mendaki di terjal kehidupan dan mengalir bagai sungai
Jangan bertahan untuk harapan yg tak pernah ada…
Jangan menunggu hembus angin yang lalu…
Jangan sampai kamu terbangun dalam keadaan remuk

Selagi kamu bisa berdiri…
Selagi airmatamu belum habis
Selagi hatimu belum bernanah..

Biarlah sakitnya terasa hari ini..
Esok luka itu akan mengering
Biarlah dia menjadi bagian kenanganmu
Tapi dia tak lagi menghancurkanmu

Bahkan ketika kamu pergi
Dia tak akan menangisimu
Mungkin dia tak menyadarinya
Karena kamu bukan yang diharapkannya
Kamu bukan yang dipirkannya
Kamu bukanlah apa-apa baginya

Jangan pernah menoleh lagi untuknya
Jika hari ini kamu sadar siapa dia
Besok, tahun depan, sepuluh tahun lagi
Dia akan menjadi orang yang sama

Yang tak pernah mempedulikanmu
Yang hanya memberimu sedikit kata, sedikit senyum
Yang akan menumpahkan air matamu,

Menggoreskan rasa kecewa,
Dan mengguratkan luka dihatimu….

Maka…. PERGILAH Nak, PERGILAH…

Biarkan hari ini adalah akhir kecewa kamu
Biarkanlah airmata itu menetes sederasnya
Dan biarlah rasa sakit itu menghunjam dalam

Tapi itu yang TERAKHIR untuknya….
Itu yang TERAKHIR…

Ingat...
Tuhan tidak menciptakan satu orang didunia ini..
Bukalah hatimu,
Diluar sana masih banyak yang membutuhkanmu..
Cukuplah dirimu untuk mereka yang siap menerima cintamu..

Yang lebih menghargai cintamu..

Sumber : fs-galery

Monday, July 1, 2013

Despicable Me 2..


30 June 2013 | 1340 | Yik Fong

Aku, Matt Der and Jepp pada mulanye nak p repair printer aku yang dah rosak sebab lasak sangat gunenye.. Kami pon p la Yik Fong tempat Rock OO belakon sana nun.. Haa.. Rock OO jugak dapat nama kan.. Haha.. Repair printer kat tingkat 3.. Dah sampai kedai tu, dia pon check la printer tu.. Dia dok belek, punye belek, punye belek, naik muak aku tunggu 30minit kat kedai tu tercangak-cangak.. Lalu ajak la dorang p makan Maggi Kari kat kedai atas Yik Fong tu, tingkat 4.. Tengah dok ralik ber"TWEET" (almaklom la, anti-sosial) tetibe terdengar suara orang sebut pasal wayang.. Lalu aku pon mencelah la, "Weh..!! Despicable Me 2 dengar dah keluar, jom p tengok..".. Dorang idak percaye.. Takpe, jom tengok website.. Tup! Tup! Hambik kau, memang ade laa!! Kat TGV Ipoh and TGV Station 18.. Ape lagi, jom BOOK NOW..!! Terus la usha tiket.. Haaa.. Lagi skali hampa dimana tiket penuh.. Hmm.. Tetibe teringat plak pasal GSC.. Terus bukak website nye.. Nahhh..!! Ade lagi kosong weh.. Kol 04:40pm.. Amacam geng?? Ape lagi, terus beli la sebelom ramai.. Gile la, pada mule nye aku ingat memang kluar awal.. Punye la seronok nak p tengok.. Terus hirup Maggi Kari panas-panas ke mulut lalu perut.. Agak melecup jugak la lidah nie haaa.. Terus lompat p kat kedai printer tadi tengok kesudahannye.. Rupe-rupenye color rosak kembali.. Nak taknak tuka la jugak.. Siap je trus balik hantar printer..


30 June 2013 | 1640 | GSC Ipoh Parade

Weeweeeeiiittt.. Awek baru tu keje la hari nie.., sikat tepi ala-ala Romeo, jalan mendada, terus ke kaunter.. Tetibe ade dua minah Endon nie dok pikir nak tengok cite ape.. Demm.. Takpe, sabar je la.. Sabar kan separuh daripada Iman.. So, bile minah Endon tu bla, aku pon p la kat awek tu, "satu enam triple two please..".. Nak tau ape awek tu cakap..?? Dia cakap, "Hah??!! Ape??!! Tak paham..".. Adoi, nasib baek takde sape dengar.. Sengeh-sengeh awek tu.. Fine.. "satu enam dua dua dua".. "DENGAR?".. Hahaha... Terus beratur beli POPcorn.. Malangnye udah takde jual botoi Superman.. Sedih.. Botoi baru pon takde.. Dah beli, trus masuk la panggung Hall 3..

Tadaaa.. Mule-mule macam biase la iklan.. Lepas tu, haaa.. Hambik kau..!! Dari mule sampai habis kami gelak terbahak-bahak dalam panggung.. Serious weh, memang kelakar gile babeng.. (WARNING! Pada siapa yang semput, sakit tulang BELAKANG, dilarang gelak kuat-kuat, nanti susahkan orang lain pulak..)

Ceritanye mengisahkan Minion kene transform dan Laki botak tu jatuh cinta and kawen.. So SWEET.. Tapi serious korang pasti kene tengok.. Aku malas la nak cite lebih-lebih.. Nanti tak syok plak korang tengok kan.. So, nak dijadikan cerita, memang aku nak tengok untuk kali ke-2.. Awal-awal pagi tadi dalam kol 0730 | 01 July 2013 aku dah bukak website GSC and TGV.. Nak tau ape weh.. Rupenye memang betul start pada 04 July 2013.. Jadi maknanya yang aku tengok semalam tu Premier.. Tayangan awal.. Aku antara orang bertuah tengok awal.. Yahoo..!! So, pada 04 July nanti memang aku nak p tengok.. Tak kesah la tengok sorang pon, janji nak p tengok lagi skali.. Ye la, nak tunggu BlueRay memang la lambat lagi kan.. So, tengok puas-puas dulu di pawagam.. Apesal..?? Korang tak percaye.. Nah, tengok kat bawah nie bukti tiket kami..


Haa.. Amacam, sekarang korang percaye tak..?? Alamak, tak boleh rotate plak kasi tegak dalam blog nie.. Lantak la, janji aku HAPPY.. Hahaha..

Jangan lupe tengok tau.. Bye..

I Swear



This is for you.. <3 <3 <3

Y.M.C.A



Hahahahahaha...

Ba.na.na.



Pada orang yang kuat PERASAN and STALKER my blog..

M.U.N.A.F.I.K