Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Tuesday, November 20, 2012

Ribuan Terima Kasih..

Assalamualaikum,

Disini saya Rahiman Bin Rahmat (anak kepada Allahyarham Tina Bt. Abd. Rahim) ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada kawan-kawan Allahyarham kerana menjaganye ketika dalam kesunyian dan kesakitan. Saye sebagai anak sepatutnye bertanggung jawab dalam hal ini. Tetapi atas ape yang berlaku pada keluarga dan Allahyarham, anda semua terpakse menanggung beban ini.

Dan tidak lupa juga yang menjaga Allahyarham ketika sakit dan menemani Allahyarham di Hospital ketika Allahyarham kesunyian, yang melawat Allahyarham dan sangat-sangat jutaan Terima Kasih kepada kawan Allahyarham yang menguruskan jenazah ketika Allahyarham meninggal dunia. Kami tahu sepatutnye tanggung jawab kami sebagai keluarga yang membuat semuanye. Seperti yang saya sebut tadi, disebab kan masalah keluarga yang menimpa Allahyarham, anda terpakse menanggungnye.

Memang saya berasa malu sebagai anak tidak dapat membuat apa-apa kerana saya juga masih belajar dan masih dibawah tanggungan Bapa saya (Rahmat Bin Zakaria) dan masih tiada pendapatan untuk melakukan tanggung jawab ini. Saya hanya mampu berTerima Kasih sahaja kepada anda semua yang banyak berkorban dan Doa yang mampu saya beri pada Allahyarham ketika ini.

Andai kata anda ingin memarahi saya atas ape yang berlaku, saya Redha. Mungkin anda tidak tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya. Allahyarham juga banyak berahsia kepada kami adik-beradik. Jadi kami sendiri pun tidak boleh berkata apa-apa.

Keluarga Allahyarham juga saya baru ketemu seminggu sebelum Allahyarham meningggal dunia. Itu pon hanya jumpa adik Allahyarham (Makcik Nora) dan Ibu Allahyarham (Opah). Adik beradik Allahyarham yang lain sempat saya jumpa di Tanah Perkuburan ketika Allahyarham dikebumikan. Itu pun hanye beberapa jam sahaja sebelum semua bersurai. Tidak semua yang saya kenal. Mungkin saya lupa.

Jika boleh memang saya tidak ingin putuskan hubungan dengan ahli keluarga Allahyarham yang lain. Asalkan mereka tidak memutuskan hubungan dengan saya. Dimana ingin saya mencari mereka pun saya tidak pasti. Mereka ada contact number saya, tapi sepi tak terkata.

Saya rasa setakat ini saya mengarang di Blog saya. Sekian.

p/s : Kepada yang ingin menemui saya, dialu-alukan. Saya berada di Greentown, Ipoh, Perak. Contact number saya 012-547 7542 (Maxis)

Monday, November 19, 2012

12 December 1962 - 16 November 2012..

Assalamualaikum,

Kepada yang mengenali Aku, Ibu Aku sudah kembali ke Rahmatullah pada 16/11/2012 (Jumaat 10:55am) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan jantung.

Kisah antara Aku, Aku idak ler berape rapat dengan Allahyarham kerana Aku dibesarkan oleh Opah Aku sejak berumur 10 tahun. Jadi, hubungan Aku dengan Allahyarham agak renggang dan selalu ada salah faham. Walau bagaimana pun, Aku tetap sayang kan Allahyarham dan tak pernah bencikan Allahyarham kerana dia Ibu Aku yang melahirkan Aku . Jika Aku benci dan marah pada Allahyarham, Aku takkan jumpe dia langsung, Aku takkan cakap dengan dia. Sebab Aku sayang la Aku masih "Keep in Touch" dengan Allahyarham.

Ramai kawan-kawan Allahyarham beranggap Aku nie tak berhati perut kerana tak pernah nak jumpe dengan Allahyarham waktu dia masih sihat. Padahal mereka semua tidak pernah tahu cerita sebenar. Mereka hanya dengar dari sebelah pihak sahaja iaitu dari Allahyarham. Nasib baek la Uncle Ariff Ashaari dan Pakcik (Lupe name beliau) datang dan tanye ape yang berlaku sebenar nye. Alhamdulillah mereka dapat memahami ape yang kami anak beranak lalui.

Kepada yang tidak mengetahui, Aku akan cerita serba sedikit mengenai kami.

Kami memang tidak rapat, semenjak Aku tinggal bersama Opah, Allahyarham jarang contact. Jika call hanya bertanya khabar dan sudah makan sahaja. Tidak pernah tanye hal sekolah dan hal kehidupan. Hingga Aku berusia 16 tahun (Form 4), dia tidak pernah call, dan Aku pon idak tahu nombo fon Allahyarham kerana sudah tukar nombo. Sehingga la Aku masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka, barulah Allahyarham call Aku kembali dan bertanye khabar. Walaupun mase itu hati Aku membare sebab bile Aku dah berjaye baru cari, tapi sebenarnye Aku rindu nak dengar suara Allahyarham. Aku idak ler nak kurang ajar nak letak, cakap bukan-bukan, or nak abaikan. Aku tetap angkat fon call.

Selepas Aku abis belajar, memang Aku ade kerja sementara di Kuala Lumpur (KL) di Carl's Jr. Mid Valley. Memang Allahyarham ade ajak Aku tinggal bersama dia, dan memang Aku tolak. Tapi ade tak sesape tahu kenape Aku tolak?? Aku pernah datang sekali sahaja rumah Allahyarham di Taman Cahaya, itu pon hanye 2jam je. Aku tahu Allahyarham tinggal bersama rakan serumah dan rakan serumah nye pulak Perempuan/Wanita. Jadi sebab itu la tiap kali Allahyarham ajak Aku tinggal bersama, Aku tolak bulat-bulat kerana tidak mahu ade Fitnah berlaku jika Allahyarham keluar rumah. Pada malam Allahyarham meninggal, semase adek Allahyarham (Makcik Nora) suruh datang ke rumah Allahyarham, barulah Aku tahu yang kawan Allahyarham sudah lame keluar dari rumah dan Aku tak tahu berape lame Allahyarham tinggal sendirian. Allahyarham tak pernah beritahu bahawe kawan nye tinggal berseorangan.

Bukan kate itu saje, dia mendapat penyakit CANCER juga Aku tidak tahu sehingga Uncle Ariff yang beritahu dan mase itu sudah stage 3. Selepas Allahyarham balik menunaikan Umrah, dia dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana tumpahan darah. Bile Aku jumpe dia, bawa adek-adek, baru lah Aku tahu yang penyakit nye sudah stage 4, itu pon jumpe kat board. Dan hari itu juga Aku baru tahu yang dia ade penyakit lain seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Diabetics, Sakit jantung dan sebagainye.

Hari Sabtu (17/11/2012) dan Ahad (18/11/2012) Aku dan adek Aku mengemas rumah Allahyarham. Dan disitu juga kami baru tahu Allahyarham banyak menghabiskan duit nye untuk berubat dan dia tak pernah beritahu kami.

Jadi, macam mane kami nak tahu hal Allahyarham semase hidup sedangkan Allahyarham suke berahsia. Mungkin dia cerita pada kawan-kawannye lain, dan ape yang kami lalui lain.

Jadi, nasihat saye, jangan la dengar dari sebelah pihal sahaja. Jika ingin tahu KEBENARAN, perlu selidik dan tanye pada semua pihak. Jika tidak, mungkin akan menjadi FITNAH. Kepada yang alim, tentu tahukan dosa orang yang FITNAH nie. Tak kire FITNAH baek atau buruk, tetap FITNAH. Dan tahukan kemane mereka ini digolongkan di Akhirat kelak.

Akhir kata, Aku sayang Ibu Aku sampai bile-bile. Walaupun Allahyarham sudah tiada, dia tetap di HATI Aku .


Allahyarham Tina Bt. Abd Rahim (Ibu) & Mak Long (Kawan Allahyarham)

Pusara Ibu

Aku , Uncle Ariff dan Adek

Yang baju puteh tu, Aku lupe la name Pakcik nie, nanti kalau Aku ingat Aku updated balik ye.

Monday, November 12, 2012

Kehampaan CINTA sejati..




Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Alangkah semudah ini..

LELAKI: Saya nak bagi RM6000 unt maskahwen awak.....

PEREMPUAN: RM6000??? Semurah itukah saya???

LELAKI: errrmmm... OK... RM10ribu.......

PEREMPUAN: Kalau RM10ribu.... Rantai leher saya pom RM10 ribu... Kiranya saya ini hanya seperti rantai leher?? Yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama??

LELAKI: OK..!!.... RM20ribu........

PEREMPUAN: Kereta VIVA saya berharga RM40ribu.... Bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak....



LELAKI: OK... RM50 ribu...!!!



PEREMPUAN: Adakah itu harga saya??? Bangunan KLCC tupun berharga jutaan ringgit...



LELAKI: OK... Baiklah.... Awak letaklah sendiri berapa harga awak... Saya akan bayar!



PEREMPUAN: ...Diri saya TERLALU mahal..... Sehingga awak x dapat nak BELI.... Cukuplah awak bagi rm100 ringgit sahaja.... Bukan kerana harga saya.... Tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan maskahwen~

Friday, November 9, 2012

Layan perasaan..


Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta
Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu
Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama
Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku
Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku
Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Tuesday, November 6, 2012

Penyesalan yang tak bermakna..




Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

P/S : Ayat yang ditebalkan itu sangat terasa bagi aku..

Sunday, November 4, 2012

I just wanna tell you that..

I'm NOT Special.. But what I can tell you that I'm LIMITED EDITION.. ^_^

Saturday, November 3, 2012

Perempuan kene tahu..

Lelaki kalau dah setia, memang dia akan betul betul setia, tapi sekali dia ditipu dengan kecurangan anda, dia susah untuk setia lagi.. =')

Sumber Ilham : FACEBOOK