Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Monday, July 15, 2013

Thanks..


Kata kata di atas nie sangat bermakna dimana selama 24 tahun aku hidup di Bumi ciptaan Allah SWT ini banyak juga aku pelajari erti kehidupan. Setiap manusia diberi kehidupan yang berlainan. Ada yang hidup secara selesa, dan ada yang hidup secara merana. Alhamdulillah aku dibesarkan dengan cara Sederhana dimana tidaklah semua benda yang aku pinta akan aku dapat, sekurang kurangnya orang tua ku mampu memberi kami adik beradik makan, pakai, keperluan. Kalau pasal kehendak tu, kami kene usaha lebih la. Huhu~~..

Dalam kehidupan aku, ramai juga yang aku kenal, ramai yang sudah lost contact, ramai juga yang baru ku kenal. Alhamdulillah sekali lagi kepada mereka yang setia berkawan bersama aku, walaupun sudah faham ragam aku, di waktu aku susah dan senang tidak sama sekali ketepikan aku, malah ada yang betul betul ambik berat pasal aku. Kepada yang hanya singgah sementara tu, terima kasih juga akan kehadiran kalian. Disini barulah dikatakan "balance" dimana ada perasaan gembira dan luka. Gembira sememangnya sementara, tapi luka memang kekal di dada.

Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sederhana, disini aku belajar erti kehidupan yang sebenar dimana aku mampu hidup walaupun dalam keadaan susah. Aku sudah merasa bagaimana hidup keseorangan lalu demam dan sakit melanda diri ini. Sememangnya diri sendiri juga perlu kuat dan cekal untuk teruskan hidup. Alhamdulillah dengan jiran dan kawan yang ada, mereka bantu serba sedikit.

Disini juga aku belajar tidak meninggi diri dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang ingin berkenalan. Orang seperti aku sememangnya mudah didekati jika mereka yang mulakan perbualan. Aku bukan friendly punya orang, tapi bila dah kenal, memang tak larat korang nak layan aku. Aku juga tidak mudah berkata kata jika baru jumpa dengan seseorang, akan tetapi bila aku sudah bersuara maka sampai Subuh belum tentu habis. Pergaulan aku memang agak kasar, kepada yang faham sahaja akan mampu bertahan.

Ape aku merepek nie.?? Dah la, aku stop sini dulu. Memang cerita tergantung, malas nak naip panjang panjang. Bukan ade sape bace pon. Huhu~~..

Assalamualaikum..

Ikhlas dari : Rahiman Rahmat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.