Assalamualaikum stalker semua..
Disini apa yang aku ingin kongsi dalam blog aku nie adalah tentang kehidupan aku.. Alhamdulillah, keadaan aku semakin bahagia disamping orang-orang dan haiwan-haiwan yang aku sayang.. Setelah bermacam-macam dugaan yang menimpa aku pada sebelum ini, Insya'Allah apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan.. Dengan berkat kesabaran yang aku pendam selama sedekat (tua sangat ke aku nie??) telah mendapat hadiah yang sangat ISTIMEWA..
Mungkin sebelum ini aku tidak kenal diri aku sendiri atau mungkin aku terlalu takut dengan "Masa Depan" aku dimana aku takut perkara silam berlaku.. Maka apa yang aku anggap selama ini salah kerana ia sentiasa akan berulang berkali-kali sehingga aku takut pada bayang-bayang aku sendiri.. Apa yang aku pelajari dengan masa silam aku, ianya menjadi simbol kekuatan dimana aku harus terus bertahan dan memberanikan diri untuk membina kebahagiaan sendiri..
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERKENALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PENGKEKALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERASAAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERCINTAAN.
Ini tidak bermakna aku harus takut dengan perkara seperti diatas untuk terus berulang kerana dengan banyak kali GAGAL, kita pelajari dari kesilapan dan cuba untuk memperbetulkan menjadi yang terbaik hingga kita berjaya menguasai perkara tersebut..
Disebalik kegagalan, ada juga yang aku berjaya.. Dan biarlah perkara yang berjaya aku pendam dihati kerana tidak ingin riak dikemudian hari.. Yang GAGAL harus disenaraikan untuk peringatan sendiri, yang berjaya adalah sebuah memori yang takkan lupa..
Insya'Allah, jika diberi rezeki daripada Allah SWT, aku akan tersenyum lebar dikemudian hari.. Apa yang aku ingin ceritakan bukan mengenai percintaan, tapi lain dari perkara "Mungkin" yang aku sebut tapi masih melibatkan diri aku..
Aku akan buang perasaan takut dan kuatkan perasaan berani..
BERANI menempuh dugaan,
BERANI menempuh masa depan,
BERANI merempuh ketakutan,
BERANI merempuh halangan.
P/S : Jangan terlalu Riak, Jangan terlalu Berharap, Jangan terlalu Takbur
Ikhlas dari : Rahiman Rahmat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.