Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Tuesday, July 23, 2013

Moving forward..



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hi korang, Selamat Pagi.. Kepada Muslim, korang pose tak hari nie?? Insya'Allah korang pose ye.. Pada yang tidak tu, pasti ada alasan tersendirikan.. Jangan lupe ganti ye.. =)

Pepagi yang tenang ini, aku saje nak share ngan korang, macam mane aku boleh rase tenang dan rase nak terus maju ke hadapan.. Biasalah, kita hidup di dunia ini mempunyai perasaan dimana kita dapat merasakan macam-macam jenis seperti suka, duka, sedih, perit, gambira, sakit dan macam-macam lagi.. Setiap perkara yang berlaku pada diri kita sebenarnya sudah ditakdirkan oleh yang Maha kuasa Allah SWT.. Tapi bukan semuanya yang dikawal olehNya.. Kita boleh mengubah takdir kita jika kita usaha lebih dari sepatutnya.. Ada yang ingin menghiburkan diri dengan makanan, ada yang melayan perasaan hingga jadi gila, ada yang meroyan tak tentu pasal, dan macam-macam lagi la perkara yang manusia nie lakukan untuk memuaskan mereka sendiri.. Ada yang tak boleh nak bersendirian, maksud aku yang tak boleh berstatus single.. Mesti nak ada pasangan supaya tidak kesunyian, kiranya nak perhatian lebih la.. Mungkin tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri kot.. Tapi takpe, itu semua hak masing-masing..

Nie aku nak cerita sikit pengalaman aku betul-betul menyayangi seseorang lebih dari segalanya dan akhirnya berakhir begitu sahaja.. Secara jujur memang sangat menderita.. Aku kemurungan, aku kebingungan, aku tak terurus, aku mula malas nak belajar dan macam-macam lagi.. Senang cite aku dah putus asa la.. Ye la, macam-macam kita lakukan, tapi tak pernah dihargai, malah nak lebih lagi.. WOW..!! Agak sukar jugak la nak memujuk hati ini.. Tapi Alhamdulillah, dengan berkat doa, berkat kesabaran, aku secara perlahan-lahan aku bangkit kembali menuju ke hadapan.. Tidak mahu lagi toleh ke belakang, dimana aku alpa dengan orang yang tidak menghargai aku, aku lupa bahawa aku ada keluarga yang sentiasa ada untuk aku, aku sanggup menipu kerana ingin menjaga hati orang yang aku sayang tapi tah kemana.. Aku mula sedar sekarang bahawa cinta sememangnya tidak boleh terlalu dalam..

Disaat aku mula bangkit kembali, tidak dinafikan sememangnya aku masih rindu pada si dia.. Cuma aku tidak mahu mengganggunya yang sedang bahagia.. Aku tidak mahu mengingat kembali perkara lepas.. Semakin aku cuba, semakin kuat perasaan rindu aku padanya.. Setiap malam aku bermimpi aku bertemu dengannya.. Aduh, memang sudah tahap kritikal.. Tapi aku tidak mengalah, aku tetap cuba melupakannya.. Hampir setiap saat aku berdoa supaya tidak lagi dihantui oleh si dia yang bermain didalam fikiran aku.. Dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku berjaya merentasi perkara diatas.. Apa yang harus aku lakukan adalah terus maju ke hadapan tanpa sebarang memori lampau..

Kini, aku masih didalam ketogori Pelajar.. Di samping itu aku mula berjinak dengan perniagaan.. Sedikit demi sedikit aku buat kerja untuk mendapat hasil pendapatan supaya perniagaan yang aku idamkan berjaya dibuka dalam masa terdekat..

Aku terus maju ke hadapan dimana aku cuba menyibukkan diri dengan kerja yang bertimbun..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku rapat dengan kawan-kawan lama, juga kenalan baru..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku tidak berseorangan dimana aku mempunyai keluarga yang sentiasa bersama aku dan sentiasa merindui aku..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku mula sedar apa yang aku harus lakukan dari dulu lagi..

Aku juga ingin berterima kasih kerana ditemukan si dia..

Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku masih lagi menjadi orang yang tidak berguna..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak punyai cita-cita..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak ada pencabar..

Alhamdulillah sekali lagi, aku diberi peluang dan rezeki yang murah oleh Allah SWT.. Aku sudah mula berada dilandasan yang betul.. Insya'Allah aku akan terus berjaya dan terus maju ke hadapan..

p/s : Lagu dibawah membuat aku bersemangat untuk bangkit untuk teruskan kehidupan aku terus maju ke hadapan..




Iklas dari : Rahiman Rahmat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.