Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Friday, November 21, 2014

Preparation..

Bersiap sedia untuk ke HQ pada hujung bulan ini..
Kedahan, Penangite, aku datang bulan depan..
Bekerja sambil jalan jalan..
Waiting for 2015 what will happen..

P/s : I'm not a guy with plans, Ramdomly just my style.. 😊😊

Saham..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Saham, pasti semuanya tahu apa yang dimaksudkan perkataan "Saham".. Ya, bila saham kita naik kita akan dapat keuntungan, tapi pabila saham jatuh kita akan dapat kerugian.. Selalunya Saham dikaitkan dengan Bank yang ada di muka bumi ini.. Kenapa kita main Saham, sudah pasti untuk mendapat keuntungan dan pulangan modal.. Ramai yang bermain dengan Saham tidak kira Bangsa dan Agama.. Ada sesetengah pihak mengatakan Saham ini Haram disisi Islam kerana kita dapat pulangan secara mudah dan goyang kaki, tetapi sebenarnya dari sudut Positifnya, Saham sama juga kita mengeluarkan modal perniagaan untuk seseorang yang baru sahaja ingin melangkah ke dunia Berniaga.. Sebagai contoh, saya tidak mempunyai modal permulaan, lalu saya pinjam pada seseorang untuk memulakan perniagaan, perniagaan apa, itu terpulang pada diri saya.. Maka dalam masa setahun, perniagaan saya maju dan berhasil, lalu saya memulangkan kembali modal awal kepada pemberi yang baik hati, oleh kerana kita memiliki hati yang lembut, kita akan terasa ingin memberi lebih sebagai hadiah dan ganjaran kerana telah diberi pinjam.. Bak kata orang, dulu dia tolong kita, takkan skrang dah senang taknak tolong orang kembali..

Itu yang saya tahu la serba sedikit tentang Saham Bank, tak tau la betul ke salah.. Jika salah tolong beri tunjuk ajar yer.. Ok, yang sebenarnya apa yang saya ingin menceritakan dan meng'kompius'kan minda aku nie tentang "Saham Akhirat".. Wow, belum mati, belum dihitung, belum disoal oleh Para Malaikat, kita sudah ada Saham di Akhirat kelak?? Sejak dua menjak Dunia hampir Khiamat nie, macam macam fatwa dan ayat kita boleh lihat oleh para manusia untuk meyakinkan manusia lain.. "Saham Akhirat"?? Ok, otak ku mula berputar dan terbayang bagaimana Saham Akhirat ini berlaku, adakah macam Saham Bank yang kita boleh lihat dan nilai, atau ianya sebagai metaphore yang digunakan oleh orang akhir zaman..

Baiklah, tidak mengapa, jika anda ada alasan tersendiri itu hal masing masing, mungkin pada anda Saham Akhirat itu bermaksud bersedekah, beramal, menolong dan lain lain.. Jika anda menggunakan perkataan ini untuk tujuan Positif, mengapa aku tidak menggunakan juga kan.. Sama sama kita berkongsi.. Tapi mungkin cara aku lain sikit la, kerana ada yang mengejar saham ini dengan buat kebaikkan.. Cukup la aku hanya simpan, peram, macam akaun ASB aku, cukup tahun ambik dividen jer.. Cukup la aku hanya menunggu hutang hutang aku yang bakal aku tuntut di Akhirat kelak untuk dijadikan Saham.. Mungkin ada juga Saham aku di dunia ini dimana aku memberi, tapi sudah ditolak saham aku kerana aku tidak Ikhlas, atau mungkin juga aku ada saham dalam pertolongan, tapi pertolongan aku kerana terpaksa, atau mungkin saham aku sudah dapat kekita aku bersedekah, tapi sudah ditolak kerana niat aku hanya nak menunjuk nunjuk dan ingin nama atau kerana dalam cebisan hati aku nie telah mengungkit pasal pemberian tu, dah kena tolak saham lagi.. Jadi macam mana kita nak tahu "Saham Akhirat" kita?? Lalu, aku mengambil keputusan, apa yang aku lakukan, apa yang aku beri, apa yang aku tolong, ianya bukan Saham untuk aku.. Cukuplah HUTANG yang menjadi kunci ku untuk berjumpa dengan korang nanti.. Hehe..

p/s : Woi, pasal Hutang nie yang mana terasa bukan semua yer, hanya segelintir yang berhutang dengan aku dan berjanji nak bayar balik dalam masa terdekat tapi terus senyap dan menghilangkan diri je aku tuntut.. Yang mane aku beri pinjam dan suruh bayar balik jika mampu tu, korang relax je, korang takde dalam list aku.. Hahaha.. Sape yang baca dan terasa, boleh contact or whatsapp aku yer.. Yang dah hilang nombo aku, 013-6540026.. Pastikan korang beritahu name korang, nanti tak pasal pasal kene maki ngan aku.. Yang mane aku berhutang tu, korang ingatkan aku yer.. Mungkin aku terkupe.. Tolong remindkan aku.. Salam..

Sangat..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Message ini bertujuan pada seseorang..
"Aku kenal sangat kau, jangan cakap aku tak pernah beri nasihat dan amaran, tapi kau degil dan keras kepala.. Now kau tanggung la.. Ingat balik apa yang pernah kau buat pada aku akan 10 kali ganda kena pada kau.. Kau pernah hina aku, Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku berubah.. Kau pernah caci aku, Alhamdulillah life aku makin teratur.. Keluarga kau pernah kata mengenai aku bahawa aku mempunyai masa hadapan yang gelap, Alhamdulillah aku punya kawan kawan yang menyinari kehidupan aku.. Aku terlalu jujur dan amanah dengan kau, tapi aku pula ditipu dan dianiaya oleh kau.. Aku terima, aku Redha, kerana aku betul betul Ikhlas ingin memiliki kau tapi sekarang tidak lagi.. Ingat, selagi hutang milik Arwah tidak dilangsaikan, selagi itu kau akan terus merana.. Itu baru milik arwah, belum lagi milik aku sendiri.. Mudah mudahan kau terus maju, tapi Allah SWT ada untuk ku untuk membalas segala perbuatan kau terhadap aku.. Jangan risau, aku tidak akan buka aib kau seperti mana kau buka aib aku pada kawan kawan kau.. Kau boleh terus bersenyum kerana aku dah lama maafkan kau, tapi aku tidak pernah melupakan perbuatan kau terhadap ku.. Dan aku berterima kasih kerana kau dah tak ganggu hidup aku lagi.."

Sekian dari Anjing Kurap belaan kau.. Salam..