Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Sunday, April 19, 2015

Selangkah


HIJRAH

Setelah 3 tahun lebih aku bertapa didalam gua menuntut segala ilmu dan pengalaman, tiba masanya untuk aku berhijrah mencari kehidupan dan pengalaman baru.. Memang berat hati ini untuk meninggalkan segala kenangan yang berada, tetapi inilah kehidupan sang manusia

Pada mulanya aku menuntut di Perak, berhijrah pula ke Melaka.. Selepas khatam ilmu didada, kembali pulang ke tempat asal.. Mencari pula ilmu ditempat sendiri, banyak jatuh pandang ke langit.. Kini mula kembali aku berhijrah ke tempat orang mencari lagi ilmu dan pengalaman

Jangan risau wahai kawan, jangan risau wahai keluarga, kerna aku berjanji akan kembali suatu hari nanti.. Andai kata aku tidak sempat kembali membangunkan Negeri sendiri, akan ku kembali jasad ku disini

Pergi ku bukanlah selamanya, hanya sementara.. Mencari ilmu baru supaya tidak jatuh lagi.. Disana nanti tidak akan aku lupa pada semua

Andai kata aku gugur sebelum pulang, aku minta maaf pada semua

-Rahiman Rahmat

Wednesday, December 24, 2014

Secebis Nur

Tidak semua perkara berakhir dengan kesedihan.. Aku bersyukur tahun 2014 tahun yang mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan dari alam maya ke alam realiti.. Walaupun sedih meninggalkan alam maya, akan tetapi aku terasa nikmatnya berada alam realiti.. Ianya memberi aku kehidupan sebenar.. Kehidupan yang tidak akan sia-sia.. Melihat keindahan kuasa yang Maha Esa.. Menjadi aku kecil tak terkata..

Lagi beberapa hari, beberapa jam, beberapa saat akan bertukar tahun.. Tapi itu bukan alasan untuk aku berazam.. Ini kerana azam bukannya pada setiap hujung tahun.. Tapi apa yang kita mahukan untuk hari esok.. Ye, esok aku berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam..

Secara jujur alam maya lebih indah kerana apa yang kita inginkan mudah dapat.. Tapi apakan daya semua itu hanya illusi semata-mata.. Kini aku lebih gembira berada bersama orang disekeliling ku.. Mereka yang mengajar aku bertaktih untuk terus maju.. Akan aku pegang ilmu yang dah dicurah pada ku.. Kerana ianya bekal pada masa yang bakal tiba.. Jangan risau guru-guru ku, aku bersumpah tidak akan mengecewakan mu.. Kerana kamu mengajar aku.. Perbuatan khianat langsung tiada dalam kamus diri ku.. Kerana aku dididik untuk menghormati mu.. Cuma cara ku yang akan membuat mu kurang selesa..

Aku sedar aku bukanlah yang terbaik.. Ini kerana aku hanya seorang hamba.. Hamba yang ingkar pada penciptaNya.. Hamba yang kononnya tidak perlu diberi Nur untuk petunjuk dan sanggup lalu laluan kegelapan.. Tapi aku silap, segalanya sudah diatur olehNya.. Sedikit demi sedikit aku mencari sang pencipta.. Pencipta Agung yang Maha Esa.. Tiada tandingan boleh atasiNya.. Aku mula merangkak mencari cahaya.. Yang selama ini sudah dipenuhi kegelapan.. Minyak tanah mahal, itu bukan alasan.. Kerana dulu kala cahaya diperbuat dari batu.. Batu yang keras, bila setiap hari dititis, akhirnya berlekuk jua..

Terima Kasih menyedarkan aku.. Supaya tidak terus jerumus dalam khayalan.. Terima Kasih kerana memberi peluang pada ku.. Sekurang-kurangnya aku mempelajari kesilapan..

p/s : Whoa, lama sangat aku tak berpuisi puitis nie.. Sekali tulis, hambik kau.. Semua diatas adalah tersirat..
#puisi #puitis #kehidupan #pengajaran #terimakasih #guru #kawan #sahabat #empayarkukubesi #ekbipoh #truckercap

Sunday, December 21, 2014

Countdown

Countdown begins..

Lagi beberape hari, berape minggu je..

Stanby..

Hope..

Manusia dan Perasaan

Hello pembaca,

Dah lama tak menulis merapu dalam blog nie.. Almaklom la, busy dengan dunia nyata, dah takde masa dengan dunia alam maya.. Kalau ade pon, dok updated gambar dalam instagram je, hahaha..

Episode kali ini saja aku nak merapu tentang perasaan yang ada dalam setiap manusia.. Yer, ada pelbagai jenis perasaan yang kila lalui, perasaan gembira, perasaan sedih, perasaan dihina, perasaan bahagia (lebih kurang perasaan gembira la kan), dan banyak lagi la perasaan yang kita perlu tanggung dalam kehidupan kita selagi nyawa dikandung badan..

PERASAAN GEMBIRA
Mungkin kita rasa perasaan ini setiap kali kita bersama keluarga, kawan dan orang yang selalu disamping kita buat kita ketawa.. Perasaan ini memang terasa amat seronok.. Kita akan terkenang dalam memori hingga ke akhir hayat kita kerana bila kita terkenang kembali ia membuat kita tersenyum sendiri.. Kalau boleh perasaan ini nak je save dalam harddisk dan ulang tayang banyak kali kerana peluang nak dapat perasaan begini bukan selalu dan mungkin takkan berulang lagi..

PERASAAN BAHAGIA
Perasaan ini tersangatlah indah bila kita bersama seseorang yang istimewa yang boleh bawa kita hingga ke alam khayalan.. Tambah tambah lagi kita dapat rasa bila sedang asyik bercinta.. Fuhh!! Rase nikmat seperti dunia nie kita yang punye kan kan kan.. Ngaku cepat sape yang pernah lalui saat ini, pasti semua manusia pernah laluinya kan....

PERASAAN SEDIH
Ia sangatlah menyakitkan dan sangat pedih bila ianya berlaku dapa diri seseorang.. Mana taknya, kalau boleh perasaan begini taknak berlaku pada diri semua.. Bila sakit, takde sapa yangbtanggjng kecuali diri sendiri.. Rasa nak buang jauh jauh perasaan ini kalau boleh takkan ingat sampai mati..

PERASAAN DIKHIANATI
Paham paham la sendiri..

PERASAAN MENIPU DIRI SENDIRI
Perkara ini ramai yang pasti lakukan setiap manusia terutama perempuan.. Ye la, sesetengah diorang sanggup menipu diri sendiri demi mencapai kebahagiaan, wal hal mereka sendiri sedang bersedih.. Yer, perkara sebegini memang selalunye perempuan akan sentiasa senyum supaya nampak gagah, wal hal mereka tersangatlah lemah.. Tapi kenapa perkara sebegini berlaku?? Adakah kerana mereka perempuan atau mereka MALU bila nampak diri mereka lemah.. Itu perasaan dari perempuan, tak tipu la lelaki pon sama kan kan kan.. Laki nie selalunye la, takkan dapat nak sembunyikan perasaan nie, mesti kantoi punye la.. Kononnye nak senyum depan orang ramai, padahal terang terang mata dah berkaca menunggu hujan membasahi pipi.. Kalau bab laki nie aku kompom la tau sebab ape (dah aku pon laki), semua nie kerana EGO.. Ego nie la yang selalunya buat laki hilang semua perasaan.. Ego nie jugak la yang akan lelaki hilang segalanya.. Haha.. Aku tulis nie kerana aku laluinya..

Betul, perkara yang lepas memang takkan dapat kita laluinya sekali lagi.. ALLAH SWT dah caturkan segala perjalanan hidup kita.. Jadi tugas kita di muka bumi ini hanya berusaha dan melaksanakan perintah-Nya.. Perkara yang lepas biarlah ianya menjadi pengajaran buat kita, akan datang kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.. Mungkin sebentar lagi kita ditarik nyawa, mungkin dengan sekelip mata ALLAH SWT tarik segalanya hang indah, berkemungkinan dalam sesaat ALLAH SWT beri kita perasaan bahagia kembali berserta rezeki yang melimpah luah.. Semua ini kuasa ALLAH SWT, kita sebagai hamba-Nya harus percaya pada keajaiban yang bakal berlaku dan tidak lupa usaha kita sendiri..

Seperti yang aku lalui, ade beberape perkara aku kehilangan (hilang degree, hilang tulang rusuk, hilang seorang ibu dan lain lain), tapi ALLAH SWT telah gantikan perkara yang gembira walaupun kadang kadang aku sendiri tak nampak (dapat kerjaya, dapat kawan, dapat menstabilkan diri, dapat pelajaran, dapat kembali mengumpul hobi, dapat jalan sana sini, dapat simpan duit kawen, macam macam lagi la).. Benda benda yang remeh nie yang akan bangkitkan aku kembali ke dunia yang nyata, mengejar cita cita aku yang dah jatuh dahulu.. Bak kata seseorang yang aku kenal, "Sekarang jangan fikir pasal cinta, fikir pasal tanggungjawab dulu, stabilkan diri dulu, buat apa yang kita suka, akan datang cinta itu sendiri datang dan pada masa itu juga kau takkan hadapi masalah cerai berai..".. Dan sampai sekarang aku terfikir, apa maksud dia takkan hadapi cerai berai??!!! Kawen awal nie akan berlaku cerai berai ke?? Rase nye tidak.. Mungkin dia tak bermaksud tentang perkhawinan.. Sebab dia cakap tengtang CINTA.. Kita nie dah mindset perkataan cerai je mesti bab kawen.. Mungkin maksud dia, kita takkan hadapi kesusahan bila kita dah buat simpanan awal, mungkin kita tidak terikat dengan hutang yang berat sebab dah langsaikan sikit demi sikit, takde la nak tebal muka minjam ngan saudare mare atau AhLong sebab terdesak, mungkin boleh bina masjid lebih cepat.. Ade betul gak, baru terpikir plak aku nie.. Hahaha..

K la, mau tiduran.. Nanti aku menaip lagi la.. Yang pasti kita jangan sesekali berPURA PURA dalam kehidupan.. Kalau rasa benda kita tak suka, tolak ke tepi.. Kalau rasa ia akan membebankan kita, jangan sesekali redah.. Takut nanti kita menyesal dikemudian hari.. Kita buat yabn betul betul mengembirakan kita, yang kita rasa ia takkan buat kita menipu diri sendiri.. Serius, kalau korang boleh buat, korang sendiri akan rasa apa makna KEIKHLASAN, KEBEBASAN, KEHEBATAN..
Biarkan kehidupan kita maju ke hadapan dan kita usaha sedaya upaya..

Whoa!! Dah lewat, jap lagi nak Subuh, pastu nak gerak ke Putrajaya pulak, malam ade ngedate ngan kawan kawan, Isnin dah balik.. Selamat Malam pembaca semua..

Assalamualaikum..

Friday, November 21, 2014

Preparation..

Bersiap sedia untuk ke HQ pada hujung bulan ini..
Kedahan, Penangite, aku datang bulan depan..
Bekerja sambil jalan jalan..
Waiting for 2015 what will happen..

P/s : I'm not a guy with plans, Ramdomly just my style.. 😊😊