Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Friday, December 28, 2012

To all people I care..

Assalamualaikum,

Kepada orang-orang yang saya kenali, saya ingin minta maaf seribu kemaafan jika tersinggung perasaan sejak kebelakangan ini kerana keadaan saya tidak stabil kerana terpaksa menanggung kesakitan kaki, demam, emosi, patah hati dan serabut dengan Assignment yang bertimbun (dah nak abis dah)..

Jadi semasa itu mungkin ada yang cuba call dan tanya khabar, tapi hampir kebanyakkan yang call saya mengamuk tak tentu arah.. Sebenarnya saya tidak marah kalian semua, pada masa itu saya menanggung kesakitan kaki yang teramat sangat.. Hampir 4 hari kesakitan berlaku dan paling pedih pada hari Rabu petang dan Khamis..

Alhamdulillah kaki semakin baik hari ini.. Tapi segelintir orang yang saya kenal menjadi mangsa saya mengamuk.. Saya tahu kata-kata saya tidak dapat dilupakan pada waktu itu, tapi percaya la, kesakitan itu buat saya behrang.. Saya tak minta anda semua untuk maafkan saya kerana benda dah berlaku, cuma tolong faham sahaja keadaan saya ketika itu.. Ye la, dok sorang-sorang dalam bilik nie, macam-macam berlaku nak mintak tolong sape pon tak tahu kan.. Nasib baik la ade jiran tolong belikan makanan.. Thanks..

Saya nak call sorang-sorang takde kredit.. Al-maklom la, hujung bulan.. Huhu~~.. Bye..

Ikhlas dari,
(RAHIMAN RAHMAT : 2012)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.