Ya Allah, tolonglah, aku tak sanggup hadapi semua nie.. Tolong la lupus segala ingatan aku terhadap dia.. Untuk ape lagi.. Aku tak sanggup menghadapinya lagi.. Tiap malam aku mohon pada Mu ya Allah.. Tetapi kenape makin kencang kau munculkan dia dalam ingatan ku.. Kenape aku harus teringat pada orang yang dah buat pada aku macam-macam.. Kenape kau beri dugaan seperti ini ya Allah.. Aku dah lame bersabar.. Walau pun dah macam-macam dia buat pada ku, aku tak tahu kenape aku bersabar dan terus sayangi dia.. Walaupun ku tahu dia bukan milik ku lagi..
Andai kata otak ini seperti memory card kan senang, boleh buang sesuka hati.. Tapi Kau cipta otak dan perasaan berjalan satu haluan membuat aku terseksa hingga hari ini.. Aku nak fokus study pon jadi liban lubu sekarang.. Walaupun aku dah hampir give up dengan pelajaran sekarang, tapi aku tiada jalan lain selain menghabiskannya kerana tidak mampu bayar hutang MARA.. Kalau aku tahu jadi begini, tidaklah aku sambung belajar dulu.. Nak menyesal pun tiada guna, hanya mampu menanggung beban yang sudah ditinggalkan saja..
Aku tidak mahu terseksa lagi ya Allah.. Bukan niat ku post blog ini supaya Kau dengar atau baca kerana tanpa semua ini aku boleh berdoa pada Mu setiap saat.. Cuma di blog ini tempat aku melepaskan segala yang aku pendam tak kisah pahit manis.. Aku cuma ingin bahagia seperti orang lain.. Aku dah serik dengan orang yang beri seribu harapan tapi akhirnya lepas tangan.. Memang aku banyak buat salah, tapi aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan dosa..
Aku menolaknya kerana aku sudah serik dengan perbuatannya dan aku tidak mahu sakit lagi.. Tapi kenape kau uji aku begini rupa.. Aku berharap agar ada penawarnya untuk terus menanggung keperitan dan kesakitan ini.. Aku mohon Kau berikanlah aku petunjuk kemana arah ku yang harus ku tuju ya Allah..
PERSOALAN :
- Adakah aku dah kene MANDREM??
- Adakah aku harus cari pengganti untuk lupakan semua ini??
- Adakah aku harus call dia??
- Adakah aku aku perlu menerima semua ini??
- Adakah aku harus membunuh diri??
- Adakah aku perlu rosakkan diri??
- Adakah aku terus menyepi??
- Atau adakah aku perlu ketok kepala aku hingga hilang ingatan??
Yang tengah merana,
(RAHIMAN RAHMAT : 2012)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.