Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Friday, January 11, 2013

Syukur..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku masih bernafas dimuka Bumi ciptaan Allah SWT ini.. Aku amat bersyukur pada Mu ya Allah kerana menunjuk aku ke jalan yang sepatutnya aku tujui.. Kau buka pandangan ku apa yang patut aku lupakan dan apa yang patut aku teruskan untuk terus hidup di muka Bumi ini.. Terima Kasih sekali lagi Kau memberi petunjuk yang jelas..

Kepada anda, jangan sangkakan air yang tenang tiada buaya.. Jangan anda anggap aku sebagai barang mainan anda.. Aku boleh buat anda betul-betul menyesal untuk hidup.. Anda diberi peluang untuk hidup dengan aman dan damai, jangan sesekali anda muncul dalam hidup ku untuk membalas dendam kerana yang akan merana bukan aku, tapi anda sendiri.. Izinkan aku mengundur diri.. Setelah sekian lama anda menyepi, jangan anda kembali pada aku ini..

Aku akan teruskan perjuangan ku untuk hidup dengan aman dan damai.. Allah telah pun berjanji pada setiap ciptaanNya bahawa mereka berpasangan.. Terserah pada diri kita untuk mencari pasangan yang sesuai.. Insya'Allah giliran aku akan tiba tidak lama lagi.. Aku akan usaha setakat mana yang mampu..

Sekian..

Luahan perasaan,
(RAHIMAN RAHMAT : 2013)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.