Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Friday, January 4, 2013

Alhamdulillah berjaya mengatasinya..

Assalamualaikum,

Hari nie selesai sudah Exam yang ke-2.. Hanya tingga 1 je lagi sebelom cuti semesta akan tiba.. Tahun Baru kali ini mungkin akan lebih bermakna bagi ku untuk meneruskan kehidupan aku kembali..

Syukur Alhamdulillah setelah ape yang berlaku, pahit, perit, sakit perasaan ini menanggung, akhirnya pulih kembali seperti sedia kala.. Akhirnya aku dapat menerima kenyataan apa yang berlaku pada diri aku nie.. Mungkin ape yang terjadi ade hikmahnye.. Aku cube fikir positif..

Allah tahu tentang kelemahan setiap manusia,
Allah cube memberi yang terbaik untuk kita,
Allah telah menyediakan pasangan yang sepatutnya kita bersama hingga akhir hayat..

Mungkin benar, jika aku bersama orang-orang yang aku kenali sebelum ini, mungkin aku aku terus terseksa jiwa dan perasaan kerana cemburu buta dan tidak sehaluan.. Oleh itu, Allah elakkan aku untuk bersama dengan mereka dan menyuruh aku teruskan kehidupan seperti biasa dan mencari pasangan yang sepatutnya.. Mungkin juga Allah mahu aku mengelak daripada dosa yang pernah aku lalui sebelum ini, walaupun ianya nampak kecil, tapi ia tetap memudaratkan diri jika tidak dapat terkawal.. Dosa yang aku alami sekarang pun tidak tertampung untuk aku menanggung di akhirat kelak..

Insya'Allah, jika niat betul, Allah akan tunaikan janji-janji-Nya pada setiap Hamba-Nya tidak kira bangsa, agama, kaum dan selebihnya kerana setiap ciptaan yang ada di muka bumi ini adalah kepunyaan Allah.. Hanya manusia yang membezakan cara kehidupan masing-masing..

Walaupun aku tidak lah sealim Ustaz, semulia Nabi, setabah Rasul, tapi aku masih setia mengingati Mu.. Aku bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dengan orang yang berpengetahuan.. Tapi bak kata Ulama, Iman tidak boleh diwarisi dimana Tok aku cuba mengajar aku, tetapi pada ketika itu aku memberontak.. Alhamdulillah aku mula sedar sekarang..

Terima Kasih kerana menemukan aku kembali dengan sahabat lame yang aku ingat sudah putus hubungan.. Dia begitu tabah dan sabar dengan kerenah dan ragam manusia.. Mungkin dia dibesarkan dengan keluarga yang baik-baik.. Aku mula rapat kembali seperti dulu, cuma aku berasa malu kerana dia sudah berkejaya, manakala aku masih terkapai-kapai.. Tapi ini tidak membuat aku putus semangat malah membuat aku terasa ingin teruskan usaha untuk mengecapi cita-cita aku..

Mungkin ape yang berlaku sekarang hanyalah sementara kerana pada bila-bila masa kita boleh ditarik nyawa dengan izin Allah.. Cuma kita haruslah membuat ape yang termampu, tidak perlulah berasa tamak ingin mencuba segalanya dan akhirnya tinggal separuh jalan..








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.