Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Wednesday, January 9, 2013

Selesai selama setahun..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah setahun aku berada di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh ini.. Akhirnya pada 08/01/2013 tamatlah sudahnya sesi pembelajaran selama setahun.. Segala tugasan, peperiksaan telah aku tempuhi.. Banyak cabaran dan dugaan yang berlaku pada aku selama setahun ini.. Ada yang aku makin rapat di Kolej berkenaan dan ada yang masih tarik muka dengan aku kerana salah faham.. Walaupun pembelajaran disini tidak macam yang aku sangkakan, akan tetapi banyak erti kehidupan yang aku lalui selama setahun ini.. Aku berjaya berdikari seorang diri, aku berjaya menempuhi segala rintangan, walaupun saat pertama aku masuk ke Kolej ini kerana dipujuk rayu oleh Kekasih lama supaya melanjutkan pengajian ku ke peringkat Degree dan menjanji macam-macam supaya aku masuk juga ke Kolej ini dan akhirnya meninggal ku separuh jalan, aku tetap tabah dengan apa yang berlaku.. Walaupun ketika aku hampir putus asa, akan tetapi disebabkan beberapa perkara aku tetap menahan dan teruskan perjuangan ini..

Selama aku berada disini setahun lalu, banyak pengalaman pahit yang aku tidak jangka akan berlaku pada tahun 2012 ini dimana aku mengalami tekanan jiwa dan perasaan yang memberi berjuta HARAPAN supaya aku mula melangkah masuk ke bidang ini dan akhirnya dibiarkan berciciran, selain itu mendapati ibu aku sakit tenat dan meninggal pada 16/11/2012.. Ini membuatkan aku kehilangan 2 orang yang aku sayang sekali gus.. Walau bagaimana pun, aku tetap cuba tabahkan diri dan teruskan kehidupan aku seperti sedia kala..
\
Insya'Allah tahun 2013 ini akan lebih bermakna bagi aku dengan kehadiran orang-orang disekeliling aku yang membantu aku ketika aku jatuh, hilang semangat hidup dan sebagainya.. Insya'Allah aku akan cuba berusaha menjayakan diri aku sebagai insan yang berguna dikhalayak ramai, bukan niat ku untuk membalas dendam, cuma ingin menunjuk kepada orang yang pernah ingin menjatuhkan aku dan menghina aku bahawa mereka silap mengenai aku.. Walaupun aku tiada rupa yang kacak, menawan, badan yang diidamkan setiap wanita, akan tetapi aku masih memiliki perasaan..

Akhir sekali apa yang aku ingin katakan bahawa aku akan terus berusaha untuk terus hidup walaupun memiliki pelbagai penyakit.. Selagi tulang empat kerat aku mampu untuk bekerja, aku akan terus bekerja..

Yang benar,
(RAHIMAN RAHMAT : 2013)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.