Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Wednesday, December 24, 2014

Secebis Nur

Tidak semua perkara berakhir dengan kesedihan.. Aku bersyukur tahun 2014 tahun yang mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan dari alam maya ke alam realiti.. Walaupun sedih meninggalkan alam maya, akan tetapi aku terasa nikmatnya berada alam realiti.. Ianya memberi aku kehidupan sebenar.. Kehidupan yang tidak akan sia-sia.. Melihat keindahan kuasa yang Maha Esa.. Menjadi aku kecil tak terkata..

Lagi beberapa hari, beberapa jam, beberapa saat akan bertukar tahun.. Tapi itu bukan alasan untuk aku berazam.. Ini kerana azam bukannya pada setiap hujung tahun.. Tapi apa yang kita mahukan untuk hari esok.. Ye, esok aku berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam..

Secara jujur alam maya lebih indah kerana apa yang kita inginkan mudah dapat.. Tapi apakan daya semua itu hanya illusi semata-mata.. Kini aku lebih gembira berada bersama orang disekeliling ku.. Mereka yang mengajar aku bertaktih untuk terus maju.. Akan aku pegang ilmu yang dah dicurah pada ku.. Kerana ianya bekal pada masa yang bakal tiba.. Jangan risau guru-guru ku, aku bersumpah tidak akan mengecewakan mu.. Kerana kamu mengajar aku.. Perbuatan khianat langsung tiada dalam kamus diri ku.. Kerana aku dididik untuk menghormati mu.. Cuma cara ku yang akan membuat mu kurang selesa..

Aku sedar aku bukanlah yang terbaik.. Ini kerana aku hanya seorang hamba.. Hamba yang ingkar pada penciptaNya.. Hamba yang kononnya tidak perlu diberi Nur untuk petunjuk dan sanggup lalu laluan kegelapan.. Tapi aku silap, segalanya sudah diatur olehNya.. Sedikit demi sedikit aku mencari sang pencipta.. Pencipta Agung yang Maha Esa.. Tiada tandingan boleh atasiNya.. Aku mula merangkak mencari cahaya.. Yang selama ini sudah dipenuhi kegelapan.. Minyak tanah mahal, itu bukan alasan.. Kerana dulu kala cahaya diperbuat dari batu.. Batu yang keras, bila setiap hari dititis, akhirnya berlekuk jua..

Terima Kasih menyedarkan aku.. Supaya tidak terus jerumus dalam khayalan.. Terima Kasih kerana memberi peluang pada ku.. Sekurang-kurangnya aku mempelajari kesilapan..

p/s : Whoa, lama sangat aku tak berpuisi puitis nie.. Sekali tulis, hambik kau.. Semua diatas adalah tersirat..
#puisi #puitis #kehidupan #pengajaran #terimakasih #guru #kawan #sahabat #empayarkukubesi #ekbipoh #truckercap

Sunday, December 21, 2014

Countdown

Countdown begins..

Lagi beberape hari, berape minggu je..

Stanby..

Hope..

Manusia dan Perasaan

Hello pembaca,

Dah lama tak menulis merapu dalam blog nie.. Almaklom la, busy dengan dunia nyata, dah takde masa dengan dunia alam maya.. Kalau ade pon, dok updated gambar dalam instagram je, hahaha..

Episode kali ini saja aku nak merapu tentang perasaan yang ada dalam setiap manusia.. Yer, ada pelbagai jenis perasaan yang kila lalui, perasaan gembira, perasaan sedih, perasaan dihina, perasaan bahagia (lebih kurang perasaan gembira la kan), dan banyak lagi la perasaan yang kita perlu tanggung dalam kehidupan kita selagi nyawa dikandung badan..

PERASAAN GEMBIRA
Mungkin kita rasa perasaan ini setiap kali kita bersama keluarga, kawan dan orang yang selalu disamping kita buat kita ketawa.. Perasaan ini memang terasa amat seronok.. Kita akan terkenang dalam memori hingga ke akhir hayat kita kerana bila kita terkenang kembali ia membuat kita tersenyum sendiri.. Kalau boleh perasaan ini nak je save dalam harddisk dan ulang tayang banyak kali kerana peluang nak dapat perasaan begini bukan selalu dan mungkin takkan berulang lagi..

PERASAAN BAHAGIA
Perasaan ini tersangatlah indah bila kita bersama seseorang yang istimewa yang boleh bawa kita hingga ke alam khayalan.. Tambah tambah lagi kita dapat rasa bila sedang asyik bercinta.. Fuhh!! Rase nikmat seperti dunia nie kita yang punye kan kan kan.. Ngaku cepat sape yang pernah lalui saat ini, pasti semua manusia pernah laluinya kan....

PERASAAN SEDIH
Ia sangatlah menyakitkan dan sangat pedih bila ianya berlaku dapa diri seseorang.. Mana taknya, kalau boleh perasaan begini taknak berlaku pada diri semua.. Bila sakit, takde sapa yangbtanggjng kecuali diri sendiri.. Rasa nak buang jauh jauh perasaan ini kalau boleh takkan ingat sampai mati..

PERASAAN DIKHIANATI
Paham paham la sendiri..

PERASAAN MENIPU DIRI SENDIRI
Perkara ini ramai yang pasti lakukan setiap manusia terutama perempuan.. Ye la, sesetengah diorang sanggup menipu diri sendiri demi mencapai kebahagiaan, wal hal mereka sendiri sedang bersedih.. Yer, perkara sebegini memang selalunye perempuan akan sentiasa senyum supaya nampak gagah, wal hal mereka tersangatlah lemah.. Tapi kenapa perkara sebegini berlaku?? Adakah kerana mereka perempuan atau mereka MALU bila nampak diri mereka lemah.. Itu perasaan dari perempuan, tak tipu la lelaki pon sama kan kan kan.. Laki nie selalunye la, takkan dapat nak sembunyikan perasaan nie, mesti kantoi punye la.. Kononnye nak senyum depan orang ramai, padahal terang terang mata dah berkaca menunggu hujan membasahi pipi.. Kalau bab laki nie aku kompom la tau sebab ape (dah aku pon laki), semua nie kerana EGO.. Ego nie la yang selalunya buat laki hilang semua perasaan.. Ego nie jugak la yang akan lelaki hilang segalanya.. Haha.. Aku tulis nie kerana aku laluinya..

Betul, perkara yang lepas memang takkan dapat kita laluinya sekali lagi.. ALLAH SWT dah caturkan segala perjalanan hidup kita.. Jadi tugas kita di muka bumi ini hanya berusaha dan melaksanakan perintah-Nya.. Perkara yang lepas biarlah ianya menjadi pengajaran buat kita, akan datang kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.. Mungkin sebentar lagi kita ditarik nyawa, mungkin dengan sekelip mata ALLAH SWT tarik segalanya hang indah, berkemungkinan dalam sesaat ALLAH SWT beri kita perasaan bahagia kembali berserta rezeki yang melimpah luah.. Semua ini kuasa ALLAH SWT, kita sebagai hamba-Nya harus percaya pada keajaiban yang bakal berlaku dan tidak lupa usaha kita sendiri..

Seperti yang aku lalui, ade beberape perkara aku kehilangan (hilang degree, hilang tulang rusuk, hilang seorang ibu dan lain lain), tapi ALLAH SWT telah gantikan perkara yang gembira walaupun kadang kadang aku sendiri tak nampak (dapat kerjaya, dapat kawan, dapat menstabilkan diri, dapat pelajaran, dapat kembali mengumpul hobi, dapat jalan sana sini, dapat simpan duit kawen, macam macam lagi la).. Benda benda yang remeh nie yang akan bangkitkan aku kembali ke dunia yang nyata, mengejar cita cita aku yang dah jatuh dahulu.. Bak kata seseorang yang aku kenal, "Sekarang jangan fikir pasal cinta, fikir pasal tanggungjawab dulu, stabilkan diri dulu, buat apa yang kita suka, akan datang cinta itu sendiri datang dan pada masa itu juga kau takkan hadapi masalah cerai berai..".. Dan sampai sekarang aku terfikir, apa maksud dia takkan hadapi cerai berai??!!! Kawen awal nie akan berlaku cerai berai ke?? Rase nye tidak.. Mungkin dia tak bermaksud tentang perkhawinan.. Sebab dia cakap tengtang CINTA.. Kita nie dah mindset perkataan cerai je mesti bab kawen.. Mungkin maksud dia, kita takkan hadapi kesusahan bila kita dah buat simpanan awal, mungkin kita tidak terikat dengan hutang yang berat sebab dah langsaikan sikit demi sikit, takde la nak tebal muka minjam ngan saudare mare atau AhLong sebab terdesak, mungkin boleh bina masjid lebih cepat.. Ade betul gak, baru terpikir plak aku nie.. Hahaha..

K la, mau tiduran.. Nanti aku menaip lagi la.. Yang pasti kita jangan sesekali berPURA PURA dalam kehidupan.. Kalau rasa benda kita tak suka, tolak ke tepi.. Kalau rasa ia akan membebankan kita, jangan sesekali redah.. Takut nanti kita menyesal dikemudian hari.. Kita buat yabn betul betul mengembirakan kita, yang kita rasa ia takkan buat kita menipu diri sendiri.. Serius, kalau korang boleh buat, korang sendiri akan rasa apa makna KEIKHLASAN, KEBEBASAN, KEHEBATAN..
Biarkan kehidupan kita maju ke hadapan dan kita usaha sedaya upaya..

Whoa!! Dah lewat, jap lagi nak Subuh, pastu nak gerak ke Putrajaya pulak, malam ade ngedate ngan kawan kawan, Isnin dah balik.. Selamat Malam pembaca semua..

Assalamualaikum..

Friday, November 21, 2014

Preparation..

Bersiap sedia untuk ke HQ pada hujung bulan ini..
Kedahan, Penangite, aku datang bulan depan..
Bekerja sambil jalan jalan..
Waiting for 2015 what will happen..

P/s : I'm not a guy with plans, Ramdomly just my style.. 😊😊

Saham..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Saham, pasti semuanya tahu apa yang dimaksudkan perkataan "Saham".. Ya, bila saham kita naik kita akan dapat keuntungan, tapi pabila saham jatuh kita akan dapat kerugian.. Selalunya Saham dikaitkan dengan Bank yang ada di muka bumi ini.. Kenapa kita main Saham, sudah pasti untuk mendapat keuntungan dan pulangan modal.. Ramai yang bermain dengan Saham tidak kira Bangsa dan Agama.. Ada sesetengah pihak mengatakan Saham ini Haram disisi Islam kerana kita dapat pulangan secara mudah dan goyang kaki, tetapi sebenarnya dari sudut Positifnya, Saham sama juga kita mengeluarkan modal perniagaan untuk seseorang yang baru sahaja ingin melangkah ke dunia Berniaga.. Sebagai contoh, saya tidak mempunyai modal permulaan, lalu saya pinjam pada seseorang untuk memulakan perniagaan, perniagaan apa, itu terpulang pada diri saya.. Maka dalam masa setahun, perniagaan saya maju dan berhasil, lalu saya memulangkan kembali modal awal kepada pemberi yang baik hati, oleh kerana kita memiliki hati yang lembut, kita akan terasa ingin memberi lebih sebagai hadiah dan ganjaran kerana telah diberi pinjam.. Bak kata orang, dulu dia tolong kita, takkan skrang dah senang taknak tolong orang kembali..

Itu yang saya tahu la serba sedikit tentang Saham Bank, tak tau la betul ke salah.. Jika salah tolong beri tunjuk ajar yer.. Ok, yang sebenarnya apa yang saya ingin menceritakan dan meng'kompius'kan minda aku nie tentang "Saham Akhirat".. Wow, belum mati, belum dihitung, belum disoal oleh Para Malaikat, kita sudah ada Saham di Akhirat kelak?? Sejak dua menjak Dunia hampir Khiamat nie, macam macam fatwa dan ayat kita boleh lihat oleh para manusia untuk meyakinkan manusia lain.. "Saham Akhirat"?? Ok, otak ku mula berputar dan terbayang bagaimana Saham Akhirat ini berlaku, adakah macam Saham Bank yang kita boleh lihat dan nilai, atau ianya sebagai metaphore yang digunakan oleh orang akhir zaman..

Baiklah, tidak mengapa, jika anda ada alasan tersendiri itu hal masing masing, mungkin pada anda Saham Akhirat itu bermaksud bersedekah, beramal, menolong dan lain lain.. Jika anda menggunakan perkataan ini untuk tujuan Positif, mengapa aku tidak menggunakan juga kan.. Sama sama kita berkongsi.. Tapi mungkin cara aku lain sikit la, kerana ada yang mengejar saham ini dengan buat kebaikkan.. Cukup la aku hanya simpan, peram, macam akaun ASB aku, cukup tahun ambik dividen jer.. Cukup la aku hanya menunggu hutang hutang aku yang bakal aku tuntut di Akhirat kelak untuk dijadikan Saham.. Mungkin ada juga Saham aku di dunia ini dimana aku memberi, tapi sudah ditolak saham aku kerana aku tidak Ikhlas, atau mungkin juga aku ada saham dalam pertolongan, tapi pertolongan aku kerana terpaksa, atau mungkin saham aku sudah dapat kekita aku bersedekah, tapi sudah ditolak kerana niat aku hanya nak menunjuk nunjuk dan ingin nama atau kerana dalam cebisan hati aku nie telah mengungkit pasal pemberian tu, dah kena tolak saham lagi.. Jadi macam mana kita nak tahu "Saham Akhirat" kita?? Lalu, aku mengambil keputusan, apa yang aku lakukan, apa yang aku beri, apa yang aku tolong, ianya bukan Saham untuk aku.. Cukuplah HUTANG yang menjadi kunci ku untuk berjumpa dengan korang nanti.. Hehe..

p/s : Woi, pasal Hutang nie yang mana terasa bukan semua yer, hanya segelintir yang berhutang dengan aku dan berjanji nak bayar balik dalam masa terdekat tapi terus senyap dan menghilangkan diri je aku tuntut.. Yang mane aku beri pinjam dan suruh bayar balik jika mampu tu, korang relax je, korang takde dalam list aku.. Hahaha.. Sape yang baca dan terasa, boleh contact or whatsapp aku yer.. Yang dah hilang nombo aku, 013-6540026.. Pastikan korang beritahu name korang, nanti tak pasal pasal kene maki ngan aku.. Yang mane aku berhutang tu, korang ingatkan aku yer.. Mungkin aku terkupe.. Tolong remindkan aku.. Salam..

Sangat..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Message ini bertujuan pada seseorang..
"Aku kenal sangat kau, jangan cakap aku tak pernah beri nasihat dan amaran, tapi kau degil dan keras kepala.. Now kau tanggung la.. Ingat balik apa yang pernah kau buat pada aku akan 10 kali ganda kena pada kau.. Kau pernah hina aku, Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku berubah.. Kau pernah caci aku, Alhamdulillah life aku makin teratur.. Keluarga kau pernah kata mengenai aku bahawa aku mempunyai masa hadapan yang gelap, Alhamdulillah aku punya kawan kawan yang menyinari kehidupan aku.. Aku terlalu jujur dan amanah dengan kau, tapi aku pula ditipu dan dianiaya oleh kau.. Aku terima, aku Redha, kerana aku betul betul Ikhlas ingin memiliki kau tapi sekarang tidak lagi.. Ingat, selagi hutang milik Arwah tidak dilangsaikan, selagi itu kau akan terus merana.. Itu baru milik arwah, belum lagi milik aku sendiri.. Mudah mudahan kau terus maju, tapi Allah SWT ada untuk ku untuk membalas segala perbuatan kau terhadap aku.. Jangan risau, aku tidak akan buka aib kau seperti mana kau buka aib aku pada kawan kawan kau.. Kau boleh terus bersenyum kerana aku dah lama maafkan kau, tapi aku tidak pernah melupakan perbuatan kau terhadap ku.. Dan aku berterima kasih kerana kau dah tak ganggu hidup aku lagi.."

Sekian dari Anjing Kurap belaan kau.. Salam..

Saturday, October 11, 2014

Hello Mango..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Amboi, lame beno kan Teman tak updated blog nie.. Haha, almaklom la banyak mende nak kene buat, nak recovery perasaan, teruskan kehidupan, maintainkan asset perut yang kian kempis, macam macam lagi la..

Saje je nak menaip kosong sebab tau bukan ade sape sudi singgah pon blog nie.. Blog nie tempat Teman merapu ade la..

Alhamdulillah setelah beberape bulan berlalu, macam macam jugak la Teman tempuh, dan Alhamdulillah jugak la dapat bangkit kembali sedikit demi sedikit.. Fuhh..!! Time jatuh dulu macam macam dugaan la, nak niaga tak kesampaian, belajar terpaksa berhenti, murung dalam bilik selama 3 bulan, macam macam la.. Nasib baek la Teman ade beberape Sahabat yang bantu kembalikan life Teman, tanpa Deme Teman takkan ade dimana Teman diri sekarang..

So, buat mase nie malas nak naip panjang, ade kerja nak kene buat.. Nie pon nak updated sebab terbukak blogger orang.. Haha.. Rindu pulak nak sembang sorang sorang dalam nie..

p/s : Lagu background dibawah.. Hehe..


Friday, June 6, 2014

Mood : REBELLION

Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan nie aku memberontak semacam.. Dan lagu Linkin Park baru nie sesuai untuk mood aku sekarang.. Sambil dengar, sambil cari jalan keluar kembali.. Arrghhh...

Tuesday, May 20, 2014

Why why oh why..


Kenapa perkara sebegini mesti berlaku pada aku..
Sumpah aku tak tahan menanggungnya..
Mengapa dia diberi peluang untuk BAHAGIA sedangkan aku makin hari makin merana kerananya..
Walau macam mana sekali pon aku cuba elak, aku tidak mampu untuk melawan perasaan ini..
Aku harus cuba sedaya upaya supaya aku juga mampu menjumpai kebahagiaan aku..
Tapi sampai bila aku harus bertahan,
Sampai bila harus aku bersabar..
Makin hari aku semakin lemah..

p/s : NOW you are GONE and HAPPY, and I still in my NIGHTMARE..

Monday, April 28, 2014

Lagu untuk mu sayang, Dengarlah dengan hati yang terbuka..



Aku tahu aku bukan lelaki yang sempurna..
Aku tahu aku bukan lelaki yang baik..
Aku juga tahu aku bukan lelaki impian setiap wanita..
Tapi satu yang aku pasti, aku akan cuba membahagiakan kamu sebaik mungkin selagi aku masih bernafas dan hanya kau yang ku inginkan sepanjang hidup ku, tiada kedua, ketiga mahu pun keempat..
Hanya kau satu-satunya..

Ikhlas dari hati RAHIMAN RAHMAT..

Thursday, March 6, 2014

I'm covering my ears like a kid, when your words mean nothing, and I go la la la..


Yeah.. Covering my ear for those people that just said the words, but never put their feet inside my shoe..

Tak tahu apa masalah aku, jangan nak main tembak aje.. So, dah korang tembak, aku pon cover la perisai.. Hahahaha..

Jomm Layan Lagu Kuat Kuat Dalam Opis Yang Sunyi Lagi Takde Orang..

Wednesday, March 5, 2014

Soon..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Dengar cite Jambatan ke-2 Pulau Pinang dah dirasmikan.. Insya'Allah kalau diberi peluang awal, minggu nie jugak pergi ke sana.. Jika tidak, mungkin minggu depan.. Atau bila ada masa nanti.. Jadi, sesapa nak follow, dialu-alukan.. Yeay..!!!



p/s : Tunggu AJR 1107 release la baru merasa jambatan baru nie.. Hehehe..

Sumber tentang Jambatan : Astro AWANI

Monday, January 13, 2014

Every music has it own story and memory..

Hi reader,
Ape yang aku nak sampaikan kali ini mengenai sebuah lagu yang akan aku buat keputusan aku muktamad.. Seperti setiap orang, setiap lagu akan menyimpan memory masing-masing tidak kira pahit, manis, sedih dan sebagainya.. Bila kita dengar je lagu-lagu berkenaan, mula la memory lama terkenang..

Episode kali ini pula aku nak merakamkan lagu ini untuk seseorang yang aku teramat sayang sesangat.. Tapi apakan daya, bukan jodoh kami untuk bersama.. Yes, memang susah aku nak melupakan dia.. Berbagai cara aku cuba, masih tidak berjaya baik dengan cara elok, atau tidak.. Aku tak tahu kenapa aku betul-betul tidak dapat nak mulupakan dia.. Sakit aku menanggung, perit aku merasa dengan apa yang dah berlaku..

Tapi kali ini, dengan munculnya lagu baru ini, aku nekad, nekad untuk melupakan dia.. Biarkan lagu ini untuk aku jadi semangat aku teruskan sisa-sisa hidup aku sebelom aku kembali ke Ramatullah.. Biase la, setiap yang hidup pasti akan kembali di sisi Allah SWT.. Jadi aku perlukan sesuatu untuk membina, memberi semangat baru untuk teruskan perjalanan aku.. Insya'Allah lagu ini akan bersemadi dengan aku didalam kepala otak aku tiap kali aku terkenang pada dia..

Pada dia, aku harap kau bahagia dengan orang tersayang.. Moga kau sukses sampai mencapai cita-cita yang kau inginkan.. Aku tidak dapat nak bersama kau disisi kerana terdapat halangan-halangan tertentu.. Aku mohon maaf jika aku ada buat salah dan silap.. Moga suatu hari nanti bila aku sudah tiada di Muka Bumi ini kau akan celik mata kau seluas alam, kerana pada masa itu semuanya sudah terlambat untuk kau sedar.. Aku tidak benci kau, cuma aku rasa bukan aku orangnya ketika kau berjaya.. Cukup-cukuplah apa yang aku tanggung selama ini..

Sekian..
Ikhlas dari hati hitam : RAHIMAN RAHMAT

Wednesday, January 1, 2014

Memory of 2013


Assalamualaikum dan Hello reader,

Disini Teman nak story sket pengalaman yang ada pada tahun 2013.. Ada suka, duka, luka, lara, dan macam-macam lagi la pengalaman yang Teman dapat.. Sesungguhnya Teman masih berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi beberapa peluang yang ada.. Alhamdulillah Teman semakin tabah meredah pelbagai halangan berseorangan.. Teman pon malas nak berita panjang, ringkaskan sudah..

Perkara yang menggembirakan :
1) Teman dapat beberapa kenalan baru
2) Mereka juga penguat semangat Teman
3) Dapat merasa kembali erti cinta
4) Dapat Family baru (THUMB'S Family)
5) Dapat kerjaya baru
6) 1st time pergi ke luar negara bersama saudara rapat
7) Belajar erti kehidupan
8) Tahun pertama kehilangan ibu
9) Nampak perniagaan
10) Bantu mereka yang memerlukan pertolongan

Perkara yang sadis :
1) Dikecewakan
2) Ditipu
3) Berjuang berseorangan
4) Dipergunakan
5) Diperbodohkan
6) Dianiaya
7) Dimandrem
8) Dikikis
9) Diperalatkan
10) Tidak dapat menamatkan pelajaran dengan sempurna

Sekian sahaja ringkasan dari Teman tempoh setahun ini.. Insya'Allah 2014 akan jadi tahun yang lebih bermakna, lebih berguna, lebih berpengalaman dalam hidup Teman.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kita hidup didunia ini hanyalah sementara.. Jika kita terlepas di DUNIA, jangan sangka akan terlepas di AKHIRAT nanti.. Sesungguhnya Teman hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan, jangan anggap Teman nie Nabi yang penyabar dan pemaaf.. Kerana Teman insan TIDAK SEMPURNA..

Sekian sahaja story sejarah Teman,
Dari sudut hati : RAHIMAN RAHMAT