Tidak semua perkara berakhir dengan kesedihan.. Aku bersyukur tahun 2014 tahun yang mengajar aku erti kehidupan.. Kehidupan dari alam maya ke alam realiti.. Walaupun sedih meninggalkan alam maya, akan tetapi aku terasa nikmatnya berada alam realiti.. Ianya memberi aku kehidupan sebenar.. Kehidupan yang tidak akan sia-sia.. Melihat keindahan kuasa yang Maha Esa.. Menjadi aku kecil tak terkata..
Lagi beberapa hari, beberapa jam, beberapa saat akan bertukar tahun.. Tapi itu bukan alasan untuk aku berazam.. Ini kerana azam bukannya pada setiap hujung tahun.. Tapi apa yang kita mahukan untuk hari esok.. Ye, esok aku berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam..
Secara jujur alam maya lebih indah kerana apa yang kita inginkan mudah dapat.. Tapi apakan daya semua itu hanya illusi semata-mata.. Kini aku lebih gembira berada bersama orang disekeliling ku.. Mereka yang mengajar aku bertaktih untuk terus maju.. Akan aku pegang ilmu yang dah dicurah pada ku.. Kerana ianya bekal pada masa yang bakal tiba.. Jangan risau guru-guru ku, aku bersumpah tidak akan mengecewakan mu.. Kerana kamu mengajar aku.. Perbuatan khianat langsung tiada dalam kamus diri ku.. Kerana aku dididik untuk menghormati mu.. Cuma cara ku yang akan membuat mu kurang selesa..
Aku sedar aku bukanlah yang terbaik.. Ini kerana aku hanya seorang hamba.. Hamba yang ingkar pada penciptaNya.. Hamba yang kononnya tidak perlu diberi Nur untuk petunjuk dan sanggup lalu laluan kegelapan.. Tapi aku silap, segalanya sudah diatur olehNya.. Sedikit demi sedikit aku mencari sang pencipta.. Pencipta Agung yang Maha Esa.. Tiada tandingan boleh atasiNya.. Aku mula merangkak mencari cahaya.. Yang selama ini sudah dipenuhi kegelapan.. Minyak tanah mahal, itu bukan alasan.. Kerana dulu kala cahaya diperbuat dari batu.. Batu yang keras, bila setiap hari dititis, akhirnya berlekuk jua..
Terima Kasih menyedarkan aku.. Supaya tidak terus jerumus dalam khayalan.. Terima Kasih kerana memberi peluang pada ku.. Sekurang-kurangnya aku mempelajari kesilapan..
p/s : Whoa, lama sangat aku tak berpuisi puitis nie.. Sekali tulis, hambik kau.. Semua diatas adalah tersirat..
#puisi #puitis #kehidupan #pengajaran #terimakasih #guru #kawan #sahabat #empayarkukubesi #ekbipoh #truckercap
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.