Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Thursday, June 27, 2013

Pengajaran bagi ku..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Disini aku hanya nak menceritakan apa yang aku pelajari dari kisah percintaan aku yang lepas dimana perempuan-perempuan yang aku kenal dahulu kebanyakkan beria-ia mengatakan ingin bersamaku hingga ke hari tua.. Akan tetapi apa yang aku hadapi semuanya tipu berlaka dimana pada penghujung percintaan mereka menjumpai orang lain yang lebih baik dari ku.. Aku tidak salahkan diorang kerana Allah SWT sudah menjanjikan pasangan untuk hambanya.. Jika dia bukan jodoh aku, takkan aku nak memaksa pula kan.. Kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang..

Cuma aku rasa terkilan, dimana kata-kata dan janji mereka yang mengatakan ingin bersama ku hingga akhir hayat jika mereka sendiri selalu ungkir janji mereka.. Setelah diberi harapan, di beri kata-kata manis, memberi kata-kata semangat, akhirnya menjadi suatu penipuan.. Ye la, kononnya mahu hidup bersama tidak kira apa cara sekali pun.. Akan tetapi bila muncul orang ketiga, maka musnahlah harapan yang diberi sebelum ini..

Mengapa harapan turut musnah kerana orang ketiga?? Kebiasaannya bila lelaki berkenalan dengan perempuan lain, maka dia lebih suka layanan yang diberi oleh perempuan tersebut lalu lelaki tersebut jatuh hati pada perempuan itu.. Dan apa yang dapat dilihat disini adalah LELAKI PLAYBOY dimana suka melayan perempuan..

Tapi sebenarnya, kenapa harus salahkan lelaki sedangkan perempuan itu yang memberi layanan.. Dimana datangnya kejujuran jika perempuan yang memurahkan diri diorang melayan lelaki terbabit konon-konon ingin menambah kenalan.. Apabila lelaki tersebut mula menyukai perempuan itu, maka inilah jadinya perpisahan.. Aku mula terfikir, adakah ini akan berlaku jika perempuan terlalu murah dan rendah martabat mereka untuk berkenalan dengan lelaki.. Tak kesahlah jika perempuan itu tidak berkahwin lagi dan sudah ada kenalan yang diberi harapan, tiba-tiba disebabkan lelaki tersebut buat silap terus kepada lelaki lain yang baru dikenalinya.. Jika perempuan seperti ini menjadi Isteri aku, agak-agak apa yang akan berlaku kelak jika muncul orang ketiga atau aku sudah mati nanti?? Apa akan terjadi pada zuriat aku??

Jika benar-benar perempuan itu setia pada yang satu, apa yang berlaku dia akan tetap bersama dan cuba memperbetulkan keadaan yang silap.. Bukannya berkenalan dengan lelaki lain dan mula jatuh hati padanya.. Inilah yang menyebabkan penceraian berlaku dikalangan zaman sekarang.. Perempuan berangan-angan ingin bersama lelaki yang disukainya sehingga akhir hayat, akan tetapi bila muncul orang ketiga angan-angan tersebut akan menjadi sampah minda sahaja, dan kes penceraian mula berleluasa.. Apa yang aku lihat, ingin berkomunikasi dengan pasangan masing-masing memang susah..

Adakah lelaki sahaja perlu menjaga perasaan perempuan dimana perempuan boleh membuat perasaan lelaki seperti sampah?? Adakah pemikiran ini telah ditaman diminda perempuan oleh movie-movie dari barat dimana kisah cinta bahawa lelaki sanggup bekorban apa sahaja untuk mengejar perempuan yang disukainya.. Tahukah kita bahawa barat banyak menggunakan agenda mereka melalui kaca television.. Maka dengan ini, perempuan mula berharap untuk jadi seperti didalam movie percintaan berkenaan.. Tahukan kita bagaimana pasangan boleh kekal hingga akhir hayat jika dengan menyelesaikan masalah sendiri, membincang apa yang kurang, membantu antara satu sama lain dan pelbagai lagi..

Jika hanya perempuan sahaja inginkan perhatian, jadi kemana keperihatian kepada pihak lelaki?? Jika perempuan lain yang memberi perhatian pada lelaki tersebuat, lalu pertengkaran bermula.. SALAH siapa???

Kadang-kadang sang lelaki ingin memberi sedikit ujian sama ada perempuan tersebut adakah perkataan "saya ingin bersama awak hingga ke akhir hayat" itu hanya satu ungkapan ataupun hanya satu permainan.. Akan tetapi, apa yang berlaku ungkapan tersebuat hanyalah suatu permainan dimana mereka tidak berusaha mempertahankan hubungan mereka dengan melayan lelaki lain.. Jadi apa gunanya perempuan menggunakan ungkapan tersebut jika tidak dapat membuktikan yang mereka benar-benar ingin bersama lelaki pilihannya hingga ke akhir hayat??

Kadang kala aku mula berfikir, mengapa Nabi Muhammad SAW pernah berkata bahawa diakhir zaman ramai perempuan akan masuk Neraka berbanding lelaki?? Adakah kerana perwatakkan seksi?? Adakah dengan munjual diri?? Sebenarnya tidak.. Dengan perwatakkan seksi, mereka boleh bertaubat jika diberi peluang oleh Allah SWT.. Jika menjual maruah diri kerana kesempitan hidup juga masih boleh bertaubat jika diberi peluang oleh Allah SWT.. Jadi apa yang menyebabkan ramai perempuan akan masuk Neraka berbanding lelaki??

Nak tahu apa jawapan yang aku dapat dalam kisah ini, dimana PEREMPUAN AKAN MASUK NERAKA KERANA BERMAIN DENGAN PERASAAN LELAKI, LALU LELAKI TERSEBUT TIDAK DAPAT MEMAAFKAN DIA HINGGA MATI.. Allah SWT juga pernah berfirman, kita tidak dapat masuk Syurga selagi orang yang kita pernah menyakiti tidak memaafkan kita.. Benar Allah SWT dan Rasul SAW adalah pemaaf.. Akan tetapi kita hanya manusia biasa..

Kepada perempuan-perempuan yang pernah aku kenal dulu, jika kau benar-benar sudah menjumpai lelaki yang kau cari, kau jagalah dia sebaik mungkin.. Jangan biarkan kau menambah kunci ke Neraka kerana tidak dapat kemaafan dari mereka.. Cukuplah kau tidak mendapat kemaafan dari aku kerana kau melukai hati aku hingga remuk..

Inilah jadinya pada lelaki bodoh seperti aku yang senang dipedayakan oleh kaum perempuan dimana memberi harapan palsu dan bermain dengan perasaan aku.. Aku tahu aku mudah diperbodohkan.. Akan tetapi korang tidak akan selamat kerana korang akan menerima balasan di dunia dan juga di akhirat.. Pada sesiapa yang pernah menyakiti aku, korang akan dapat balasan seteruk-teruknya di bumi ini dari Allah SWT.. Aku hanya berserah kepada Allah SWT kerana dia lebih berhak menghukum kalian kerana memperbodohkan aku.. Aku percaya dengan dengan kekuasaanNya dan aku tahu korang kini menimpa musibah.. Ini baru di dunia, akan tambah di akhirat juga..

Sekian..

Ikhlas dari RAHIMAN RAHMAT


Wednesday, June 26, 2013

9 Jenis Sihir yang perlu diketahui..



1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.


7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

Sumber : Himpunan Gambar Lawak

Tuesday, June 25, 2013

Perempuan Durjana..

Sememangnya kau perempuan jalang yang pernah aku temui, sesungguhnya perbuatan kau tidak dapat aku maafkan walau apapun terjadi.. Apa yang berlaku pada kau, itu hanya balasan sedikit dari Allah SWT.. Insya'Allah akan ditimpa lebih lagi dari ini kerana perbuatan kau terhadap aku.. Tak ku sangka kau hanya berpura-pura dan hanya bermain dengan niat ikhlas aku.. Takpa, kau tunggu sahaja balasan yang akan hadir..

Sekian..

Tuesday, June 18, 2013

L.O.V.E..

Without respect, LOVE is lost.. Without caring, LOVE is boring.. Without honesty, LOVE is unhappy.. Without trust, LOVE is unstable..

Loving is not just looking at each other, it’s looking in the same direction.
True love is rare, and it’s the only thing that gives life real meaning.
Distance is just a test to see how far love can travel.
Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control.
Today I caught myself smiling for no reason… then I realized I was thinking about you.
When I saw you, I fell in love, and you smiled, because you knew.








Thursday, June 13, 2013

99 Kali Rindu..

Astarfirullahalazim..

Tak mampu aku menyaksikan cerita 99kali rindu hingga habis.. Tak tahu kenapa bila aku tengok cerita nie, aku terus teringat pada si dia.. Si dia yang sudah bahagia tanpa aku.. Aku seolah-olah berharap ia menjadi kenyataan supaya dia mencari ku, sedangkan dia sedang bahagia dan sudah tidak memerlukan aku lagi..

Cukuplah aku menghayati apabila bicara yang menghayat hati dimana "Hijrah itu penawar. Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu darimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih baik untukmu.".. Sungguh indah bicara itu.. Kenapa aku masih mengingatinya sedangkan dia sudah tiada dalam ingatannya.. Ya Allah, sungguh terseksa aku harus menempuhinya sekali lagi.. Kenapa harus aku yang merasai semua ini.. Kenapa harus aku Ya Allah.. Bukan ingin aku menafikan dugaanMu, akan tetapi dugaanMu kali ini teramatlah menyeksakan..

Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu.. Walaupun sakit sehingga menyebabkan aku kesesakkan nafas, aku terima Ya Allah.. Cuma 1 aku pinta, jika benar dia bukan milikku, Kau hapuslah dia dari ingatan ku Ya Allah.. Aku sudah tidak mampu menanggungnya sekali lagi.. Aku tidak mampu melihat apa yang berlaku sekarang.. Aku percaya dengan apa yang berlaku, pasti ada Hikmahnya.. Walau apa pun terjadi aku harus teruskan hidup ku sebagai Insan yang berguna pada Keluargaku dan Masyarakat kelak..

Aku mohon dengan sangat Ya Allah.. Tolonglah hambaMu ini..


p/s : Berhenti tengok separuh jalan, terus DELETE.. Tido..

Most Wanted Film ever..


Can't wait to watch it in 2014..

Wednesday, June 12, 2013

Cara mengenali lelaki yang masih teruna..



Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.


4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Sumber : OhPisang

p/s : Macam tipu je.. Haha..

The End..

Alhamdulillah it's all over now.. Glade to heard she found someone better than me.. Insya'Allah my will come next.. May Allah bless them to Halal way, and may Allah help me face it from reality and get my way back on track.. Thanks again for short moment happiness that you had gave.. I pray that you remain happy ever after..

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)


Tuesday, June 11, 2013

I'm done it..

Yeah babes, done with my editing this fu*king blogger.. Looks familiar right.. Yeah.. Just same but not it.. Haha.. Look out my new banner.. Designing for assignment, perhaps just wanna sharing with people that see it.. Ok then, Daaaa..


Monday, June 10, 2013

Salahkah aku...

Apa yang masih tidak kena dengan diri ku ini..??

Segalanya sudah ku buat untuk melihat kau bahagia..

Kau ingin kebebasan, sudah aku beri kebebasan sepenuhnya,
Kau ingin berkawan, sudah ku tidak hirau kau ingin berkawan dengan siapa pun,
Kau ingin mulakan hidup baru, sudah aku lafazkan sekian lama,
Kau ingin kesempurnaan, itu jauh sekali boleh aku beri..

Adakah aku buat semua ini menjadi satu kesalahan..
Sudah aku bilang bahawa aku bukan lelaki yang sempurna untukmu..
Apa yang harus aku lakukan lagi untuk kau terus gembira..

Niat aku tidak mahu telefon/sms supaya kau boleh melupakan aku..
Niat aku menyepikan diri supaya kau boleh menguruskan kehidupan mu semula..
Niat aku menjahui diri dari mu kerana kau mempunyai orang yang menyayangi diri mu lebih dari aku..

Aku tahu kau tidak memerlukan aku lagi kerana ada orang yang kau sayang disekeliling mu..
Jadi aku lebih rela pergi dari disakiti..
Aku juga mempunyai perasaan..
Mungkin kau tidak pernah nampak bertapa aku menderita..
Jadi aku membuka langkah untuk pergi jauh untuk mengubati perasaan ini..

Insya'Allah dengan izin Allah SWT, aku akan kembali pulih dengan kehidupan baru..


Saturday, June 1, 2013

Sedang mempraktiskan diri..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Lama juga la Teman idak manaip proper dalam blog nie kan..
Haha.. Semenjak, dua menjak, tiga menjak, empat menjak, lima menjak nie la kan, Teman sangat sibuk memperbetulkan diri Teman yang masih dalam kegelapan.. So, dipendekkan cerita la kan, Teman mencari ketenangan setelah apa yang berlaku pada Teman tempoh lalu.. Banyak jugak la DUGAAN dan CABARAN yang Teman terpaksa tempuhi kebelakangan nie..

Alhamdulillah setakat nie sudah hampir 80% pulih dan masih memulihkan diri ini sepenuhnya.. Haa.. Teman just nak beritahu yang Teman ade hobi baru dimana belajar buat ayat kufi kaligrafi.. Bukan ape, Teman kalau suruh buat tulisan khat memang tak reti langsung.. Jadi Teman belaja la buat kufi sebab kelihatan lebih mudah.. Bawah nie contoh-contoh tulisan kufi berkenaan..


Secara jujur Teman masih belajar.. Teman ade buat 1 Design bersama Kawan.. Bila sudah siap, Teman suruh la orang yang mahir beri comment.. Baru Teman tahu yang nak buat ayat kufi nie kene ade RULES.. Oooo.. Ade jugak RULES yang kene tau ye.. Jadi, Teman lagi semangat nak belajar mengenai tulisan ayat kufi nie.. Haha..

Jadi, itu sahaja la Teman nak merepek sekarang.. Lain kali kalau ade mase Teman merepek lagi ek..
Salam..

Just wondering..

Serious aku confuse. Ape kene mengene Agama dengan Politik? Islam kerana Allah, bukan kerana UMNO atau PAS. Pelik mentaliti orang sekarang nie. Pasal politik pon nak bermain dengan Agama. Islam sungguh mudah, tapi kenapa korang menyusahkannya? Tolong la, nak buat baik atau jahat itu hak korang sendiri. Tapi tolong cermin diri dulu sebelom mengaibkan dan menyebar fitnah. Memang dengan adanye kemudahan social network seperti Facebook mudah membuat fake akaun dan menyampai berita baik atau buruk. Tapi ingat Allah SWT pernah berfirman "Orang yang membawa fitnah dosanya tersangatlah besar.". Jadi pada yang guna fake akaun atau guna nama lain, ALLAH SWT tetap tahu siapa yang menyampai berita BENAR atau PALSU berkenaan, dan bersedialah anda di Alam Barzakh nanti.

P/s : Kalau nak menyampaikan sesuatu, biar ianya kebenaran dengan bertanya pada semua pihak, BUKAN hanya bertanya pada SATU pihak. Kalau mendapat info dari internet biarlah dari journal atau artikel, bukan pada blog yang tak tahu siapa penulisnya. Lecturer korang tak aja ke cara2 buat thesis ke?