Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Tuesday, November 20, 2012

Ribuan Terima Kasih..

Assalamualaikum,

Disini saya Rahiman Bin Rahmat (anak kepada Allahyarham Tina Bt. Abd. Rahim) ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada kawan-kawan Allahyarham kerana menjaganye ketika dalam kesunyian dan kesakitan. Saye sebagai anak sepatutnye bertanggung jawab dalam hal ini. Tetapi atas ape yang berlaku pada keluarga dan Allahyarham, anda semua terpakse menanggung beban ini.

Dan tidak lupa juga yang menjaga Allahyarham ketika sakit dan menemani Allahyarham di Hospital ketika Allahyarham kesunyian, yang melawat Allahyarham dan sangat-sangat jutaan Terima Kasih kepada kawan Allahyarham yang menguruskan jenazah ketika Allahyarham meninggal dunia. Kami tahu sepatutnye tanggung jawab kami sebagai keluarga yang membuat semuanye. Seperti yang saya sebut tadi, disebab kan masalah keluarga yang menimpa Allahyarham, anda terpakse menanggungnye.

Memang saya berasa malu sebagai anak tidak dapat membuat apa-apa kerana saya juga masih belajar dan masih dibawah tanggungan Bapa saya (Rahmat Bin Zakaria) dan masih tiada pendapatan untuk melakukan tanggung jawab ini. Saya hanya mampu berTerima Kasih sahaja kepada anda semua yang banyak berkorban dan Doa yang mampu saya beri pada Allahyarham ketika ini.

Andai kata anda ingin memarahi saya atas ape yang berlaku, saya Redha. Mungkin anda tidak tahu apa yang berlaku sebenar-benarnya. Allahyarham juga banyak berahsia kepada kami adik-beradik. Jadi kami sendiri pun tidak boleh berkata apa-apa.

Keluarga Allahyarham juga saya baru ketemu seminggu sebelum Allahyarham meningggal dunia. Itu pon hanya jumpa adik Allahyarham (Makcik Nora) dan Ibu Allahyarham (Opah). Adik beradik Allahyarham yang lain sempat saya jumpa di Tanah Perkuburan ketika Allahyarham dikebumikan. Itu pun hanye beberapa jam sahaja sebelum semua bersurai. Tidak semua yang saya kenal. Mungkin saya lupa.

Jika boleh memang saya tidak ingin putuskan hubungan dengan ahli keluarga Allahyarham yang lain. Asalkan mereka tidak memutuskan hubungan dengan saya. Dimana ingin saya mencari mereka pun saya tidak pasti. Mereka ada contact number saya, tapi sepi tak terkata.

Saya rasa setakat ini saya mengarang di Blog saya. Sekian.

p/s : Kepada yang ingin menemui saya, dialu-alukan. Saya berada di Greentown, Ipoh, Perak. Contact number saya 012-547 7542 (Maxis)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.