Kepada yang mengenali Aku, Ibu Aku sudah kembali ke Rahmatullah pada 16/11/2012 (Jumaat 10:55am) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan jantung.
Kisah antara Aku, Aku idak ler berape rapat dengan Allahyarham kerana Aku dibesarkan oleh Opah Aku sejak berumur 10 tahun. Jadi, hubungan Aku dengan Allahyarham agak renggang dan selalu ada salah faham. Walau bagaimana pun, Aku tetap sayang kan Allahyarham dan tak pernah bencikan Allahyarham kerana dia Ibu Aku yang melahirkan Aku . Jika Aku benci dan marah pada Allahyarham, Aku takkan jumpe dia langsung, Aku takkan cakap dengan dia. Sebab Aku sayang la Aku masih "Keep in Touch" dengan Allahyarham.
Ramai kawan-kawan Allahyarham beranggap Aku nie tak berhati perut kerana tak pernah nak jumpe dengan Allahyarham waktu dia masih sihat. Padahal mereka semua tidak pernah tahu cerita sebenar. Mereka hanya dengar dari sebelah pihak sahaja iaitu dari Allahyarham. Nasib baek la Uncle Ariff Ashaari dan Pakcik (Lupe name beliau) datang dan tanye ape yang berlaku sebenar nye. Alhamdulillah mereka dapat memahami ape yang kami anak beranak lalui.
Kepada yang tidak mengetahui, Aku akan cerita serba sedikit mengenai kami.
Kami memang tidak rapat, semenjak Aku tinggal bersama Opah, Allahyarham jarang contact. Jika call hanya bertanya khabar dan sudah makan sahaja. Tidak pernah tanye hal sekolah dan hal kehidupan. Hingga Aku berusia 16 tahun (Form 4), dia tidak pernah call, dan Aku pon idak tahu nombo fon Allahyarham kerana sudah tukar nombo. Sehingga la Aku masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka, barulah Allahyarham call Aku kembali dan bertanye khabar. Walaupun mase itu hati Aku membare sebab bile Aku dah berjaye baru cari, tapi sebenarnye Aku rindu nak dengar suara Allahyarham. Aku idak ler nak kurang ajar nak letak, cakap bukan-bukan, or nak abaikan. Aku tetap angkat fon call.
Selepas Aku abis belajar, memang Aku ade kerja sementara di Kuala Lumpur (KL) di Carl's Jr. Mid Valley. Memang Allahyarham ade ajak Aku tinggal bersama dia, dan memang Aku tolak. Tapi ade tak sesape tahu kenape Aku tolak?? Aku pernah datang sekali sahaja rumah Allahyarham di Taman Cahaya, itu pon hanye 2jam je. Aku tahu Allahyarham tinggal bersama rakan serumah dan rakan serumah nye pulak Perempuan/Wanita. Jadi sebab itu la tiap kali Allahyarham ajak Aku tinggal bersama, Aku tolak bulat-bulat kerana tidak mahu ade Fitnah berlaku jika Allahyarham keluar rumah. Pada malam Allahyarham meninggal, semase adek Allahyarham (Makcik Nora) suruh datang ke rumah Allahyarham, barulah Aku tahu yang kawan Allahyarham sudah lame keluar dari rumah dan Aku tak tahu berape lame Allahyarham tinggal sendirian. Allahyarham tak pernah beritahu bahawe kawan nye tinggal berseorangan.
Bukan kate itu saje, dia mendapat penyakit CANCER juga Aku tidak tahu sehingga Uncle Ariff yang beritahu dan mase itu sudah stage 3. Selepas Allahyarham balik menunaikan Umrah, dia dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana tumpahan darah. Bile Aku jumpe dia, bawa adek-adek, baru lah Aku tahu yang penyakit nye sudah stage 4, itu pon jumpe kat board. Dan hari itu juga Aku baru tahu yang dia ade penyakit lain seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Diabetics, Sakit jantung dan sebagainye.
Hari Sabtu (17/11/2012) dan Ahad (18/11/2012) Aku dan adek Aku mengemas rumah Allahyarham. Dan disitu juga kami baru tahu Allahyarham banyak menghabiskan duit nye untuk berubat dan dia tak pernah beritahu kami.
Jadi, macam mane kami nak tahu hal Allahyarham semase hidup sedangkan Allahyarham suke berahsia. Mungkin dia cerita pada kawan-kawannye lain, dan ape yang kami lalui lain.
Jadi, nasihat saye, jangan la dengar dari sebelah pihal sahaja. Jika ingin tahu KEBENARAN, perlu selidik dan tanye pada semua pihak. Jika tidak, mungkin akan menjadi FITNAH. Kepada yang alim, tentu tahukan dosa orang yang FITNAH nie. Tak kire FITNAH baek atau buruk, tetap FITNAH. Dan tahukan kemane mereka ini digolongkan di Akhirat kelak.
Akhir kata, Aku sayang Ibu Aku sampai bile-bile. Walaupun Allahyarham sudah tiada, dia tetap di HATI Aku .
Allahyarham Tina Bt. Abd Rahim (Ibu) & Mak Long (Kawan Allahyarham)
Pusara Ibu
Aku , Uncle Ariff dan Adek
Yang baju puteh tu, Aku lupe la name Pakcik nie, nanti kalau Aku ingat Aku updated balik ye.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.