Follower members :

imanbg cover

imanbg cover

Wednesday, July 18, 2012

Emosi Lebih..







Tiap kali dengar lagu ini mesti Teman NANGIS bagai HUJAN lebat.. Lagu ini sangat mendalam MAKSUD nye dan memang TEPAT terkena kat diri Teman nie.. LIRIK nya sangat berhantu..

Nak buat macam mane kan, dah name nye bukan JODOH.. Sudah usaha, tapi akhir nya bergantung pada TAKHDIR.. Di beri seribu HARAPAN, akhirnya di PERBODOHKAN..

Bak kata Omputeh la kan, "What goes around, Comes around".. So, daripada jadi orang BODOH tunggu HARAPAN yang takkan berlaku, baek UNDUR DIRI dan selesaikan perkara yang lebih PENTING..

Bak PUITIS yang kawan aku post di Facebook beliau :
"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.."

→ Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu
"

SEKIAN.. =')

Wednesday, July 11, 2012

Genap 23 tahun..

Assalamualaikum..

Diam tak diam hari ini genap la aku berumur 23 tahun hidup di muka bumi ini.. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sangat kerana masih lagi dapat hirup udara di bumi ini..

Seperti tahun tahun yang lepas, aku sambut keseorangan.. Tiada siapa yang ingin sambut hari kelahiran ku seperti kawan kawan ku yang lain.. Sudah menjadi kebiasaan bagi ku kalau tiada yang ingat akan hari istimewa ku ini..

Bagi ku ia sekadar tarikh biasa sahaja dimana sama macam tarikh tarikh lain.. Tidak mengapa, aku sudah lali dengan semua ini.. Aku tidak pernah berharap pon berlakunya kejutan di tarikh 11/07 ini.. Yang aku mampu hanya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada ku terus hidup di muka bumi ini..

Biar terasa sunyi sekarang kerana bila kita mati nanti akan keseorangan juga.. Bagi ku sudah ku didik HATI dan PERASAAN ku seperti sampah kerana bila tiba masanya aku tidak akan rasa apa apa.. Oleh sebab itu aku tidak sambut hari kelahiran kawan kawan ku kerana mereka tidak pernah melakukan yang sama..

Cukup la hanya aku seorang yang rasa kegembiraan dan keseronokkan ini.. Dengan ini aku berSYUKUR kerana diberi peluang untuk kesedaran apa erti kehidupan yang sebenarnya..

SELAMAT HARI LAHIR yang ke 23 wahai RAHIMAN BIN RAHMAT..



Thursday, July 5, 2012

FAKTA : Salah cara Berak..


MANGKUK TANDAS : KENCING BERDIRI? BERAK MENCANGKUNG?

Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi tak sopan.

 Sumber dari : Facebook