Assalamualaikum..
Diam tak diam hari ini genap la aku berumur 23 tahun hidup di muka bumi ini.. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sangat kerana masih lagi dapat hirup udara di bumi ini..
Seperti tahun tahun yang lepas, aku sambut keseorangan.. Tiada siapa yang ingin sambut hari kelahiran ku seperti kawan kawan ku yang lain.. Sudah menjadi kebiasaan bagi ku kalau tiada yang ingat akan hari istimewa ku ini..
Bagi ku ia sekadar tarikh biasa sahaja dimana sama macam tarikh tarikh lain.. Tidak mengapa, aku sudah lali dengan semua ini.. Aku tidak pernah berharap pon berlakunya kejutan di tarikh 11/07 ini.. Yang aku mampu hanya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada ku terus hidup di muka bumi ini..
Biar terasa sunyi sekarang kerana bila kita mati nanti akan keseorangan juga.. Bagi ku sudah ku didik HATI dan PERASAAN ku seperti sampah kerana bila tiba masanya aku tidak akan rasa apa apa.. Oleh sebab itu aku tidak sambut hari kelahiran kawan kawan ku kerana mereka tidak pernah melakukan yang sama..
Cukup la hanya aku seorang yang rasa kegembiraan dan keseronokkan ini.. Dengan ini aku berSYUKUR kerana diberi peluang untuk kesedaran apa erti kehidupan yang sebenarnya..
SELAMAT HARI LAHIR yang ke 23 wahai RAHIMAN BIN RAHMAT..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.