Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki..
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang
Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan
suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya
mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.
Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah
tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji
besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya
kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada
anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan
suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita
sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang
mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan
kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan
pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya
untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain
itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan
kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan
dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang
menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar
baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama
wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias
diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.
Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi
isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang
lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika
makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta
dijauhkan… aminnn)
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap,
tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja
yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.