Serious aku confuse. Ape kene mengene Agama dengan Politik? Islam kerana Allah, bukan kerana UMNO atau PAS. Pelik mentaliti orang sekarang nie. Pasal politik pon nak bermain dengan Agama. Islam sungguh mudah, tapi kenapa korang menyusahkannya? Tolong la, nak buat baik atau jahat itu hak korang sendiri. Tapi tolong cermin diri dulu sebelom mengaibkan dan menyebar fitnah. Memang dengan adanye kemudahan social network seperti Facebook mudah membuat fake akaun dan menyampai berita baik atau buruk. Tapi ingat Allah SWT pernah berfirman "Orang yang membawa fitnah dosanya tersangatlah besar.". Jadi pada yang guna fake akaun atau guna nama lain, ALLAH SWT tetap tahu siapa yang menyampai berita BENAR atau PALSU berkenaan, dan bersedialah anda di Alam Barzakh nanti.
P/s : Kalau nak menyampaikan sesuatu, biar ianya kebenaran dengan bertanya pada semua pihak, BUKAN hanya bertanya pada SATU pihak. Kalau mendapat info dari internet biarlah dari journal atau artikel, bukan pada blog yang tak tahu siapa penulisnya. Lecturer korang tak aja ke cara2 buat thesis ke?
Follower members :
imanbg cover
Saturday, June 1, 2013
Tuesday, May 21, 2013
Once Upon A Time..
Suddenly..
Finally not a Final..
It's been a while for not updated my blog.
It's been update..!!
I'm done updated my blog..
Enjoy it..
It's been update..!!
I'm done updated my blog..
Enjoy it..
Friday, April 12, 2013
Enam Tips Kekasih Pemarah

Kenali sifat pasangan.
Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat marahnya
Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja.
Jangan campuri urusannya.
Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan kemarahannnya.
Jangan suka menasihati.
Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus membuat pasangan kamu marah.
Bersifat terbuka.
Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka.
Berterus – terang.
Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti merahsikan sesuatu daripadanya.
Sumber petikan : Info Untuk Semua
Subscribe to:
Posts (Atom)

