Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Setelah sekian lama aku tidak menulis didalam blog ini sebagai dairi diri aku.. Lima tahun sudah berlalu dimana banyak cabaran dan dugaan yang telah Yang Maha Esa beri pada ku sanggup aku tempuhi dengan penuh kesabaran dan menanggung perit.. Maaf jika ayat-ayat yang aku taip ini agak mengelirukan kerana sudah sekian lama tidak menaip.. Hanya fokus pada Duniawi dan tinggal segala Alam Maya yang ada..
Disini saja aku ingin cerita serba sedikit apa yang berlaku 5 tahun lamanya mencari dan mengenal diri sendiri.. 5 tahun juga banyak perkara yang telah berlaku.. Kini aku kembali dengan serba serbi baru.. Semangat baru, pekerjaan baru, tempat baru, boleh dikatakan serba serbi baru la,, Kekasih pon baru jugak, hahahaha... Aku berharap sangat Tahun 2020 ini tahun Permulaan dan Pengakhiran penderitaan yang aku tanggung selama ini.. Moga tahun-tahun akan datang menjadi lebih baik, lebih indah, lebih teratur dan segala yang dirancang menjadi kenyataan..
Aku tahu tidak ada siapa akan baca "post" ini, aku hanya menulis untuk diri aku seperti yang aku nyatakan tadi, ianya adalah dairi hidup aku.. Cuma pada sesiapa yang membaca, aku just nak share sedikit pengalaman aku yang aku hadap bertahun-tahun, dan akan terus menaip menceritakan pengalaman aku yang akan datang..
Ye, sekarang aku sudah mulai kerja baru, dan kerja tetap.. Tahun 2020 kita digemparkan dengan virus COVID19 yang masih tiada penawarnya.. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan virus ini pengakhiran dunia, tapi tidak bagi aku.. Bagi aku, virus ini adalah satu permulaan revolusi baru yang akan membawa aku terus maju ke hadapan..Tahun ini juga lah aku diberi kesedaran bahawa kerja yang selama ini aku lalui tidak akan kekal selagi tidak dapat kerja tetap,, Memang angan-angan aku dahulu ingin berniaga, tapi apakan daya, mungkin berniaga bukan bidang aku.. Mungkin juga belum sampai masanya untuk aku mulakan berniaga,, Masih banyak lagi ilmu yang aku harus cari.. Betulah kata orang, semakin banyak ilmu dicari, semakin kerdil rasa diri ini didunia..
Aku harap tahun 2020 ini akan menjadi satu bait permulaan untuk aku terus maju dan terus naik untuk diri akn dan kerluaga aku dimasa akan datang..
Sekian merepek dari aku,
- RAHIMAN RAHMAT a.k.a JAIYEN a.k.a EMAN a.k.a imanbg