Dunia belum berakhir lagi..
Dunia aku masih belum berakhir lagi bila kau putuskan aku kerana aku masih mempunyai keluarga yang menyayangi aku dan aku ada tanggungjawab yang harus aku tunaikan sebelom dunia aku berakhir.. Tidak lupa juga dunia aku belum berakhir lagi kerana aku mempunyai kawan-kawan yang selalu berada disisi aku..
Apa yang aku ingin katakan, aku masih diberi peluang untuk menikmati keindahan didunia ini.. Aku bersyukur kerana masih bernafas dan diberi rezeki yang mencurah-curah pada diri aku.. Alhamdulillah, itu perkataan yang dapat aku ungkapkan untuk berterima kasih pada Allah SWT kerana masih diberi peluang olehNya..
Kau pergi meninggalkan aku,
Kau pergi kerana laki lain..
Aku tidak pernah menyesal, malah bersyukur kau jumpa lelaki yang lebih sesuai dari aku.. Malah aku bersyukur pada yang Esa kerana telah temukan kau dengan jodoh kau.. Aku tumpang bahagia.. Ia sangat terbaik buat kau kerana jika kau masih bersama ku, kau tidak akan menikmati kebahagian berumah tangga sekarang..
Aku masih mencari jalan hidup ku yang masih mentah.. Moga semua urusan yang aku cari menjadi kenyataan..
Sekian..
Ikhlas dari : Rahiman Rahmat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.