Assalamualaikum stalker semua..
Disini apa yang aku ingin kongsi dalam blog aku nie adalah tentang kehidupan aku.. Alhamdulillah, keadaan aku semakin bahagia disamping orang-orang dan haiwan-haiwan yang aku sayang.. Setelah bermacam-macam dugaan yang menimpa aku pada sebelum ini, Insya'Allah apa yang aku impikan selama ini akan menjadi kenyataan.. Dengan berkat kesabaran yang aku pendam selama sedekat (tua sangat ke aku nie??) telah mendapat hadiah yang sangat ISTIMEWA..
Mungkin sebelum ini aku tidak kenal diri aku sendiri atau mungkin aku terlalu takut dengan "Masa Depan" aku dimana aku takut perkara silam berlaku.. Maka apa yang aku anggap selama ini salah kerana ia sentiasa akan berulang berkali-kali sehingga aku takut pada bayang-bayang aku sendiri.. Apa yang aku pelajari dengan masa silam aku, ianya menjadi simbol kekuatan dimana aku harus terus bertahan dan memberanikan diri untuk membina kebahagiaan sendiri..
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERKENALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PENGKEKALAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERASAAN,
Mungkin aku selalu gagal dalam menghadapi PERCINTAAN.
Ini tidak bermakna aku harus takut dengan perkara seperti diatas untuk terus berulang kerana dengan banyak kali GAGAL, kita pelajari dari kesilapan dan cuba untuk memperbetulkan menjadi yang terbaik hingga kita berjaya menguasai perkara tersebut..
Disebalik kegagalan, ada juga yang aku berjaya.. Dan biarlah perkara yang berjaya aku pendam dihati kerana tidak ingin riak dikemudian hari.. Yang GAGAL harus disenaraikan untuk peringatan sendiri, yang berjaya adalah sebuah memori yang takkan lupa..
Insya'Allah, jika diberi rezeki daripada Allah SWT, aku akan tersenyum lebar dikemudian hari.. Apa yang aku ingin ceritakan bukan mengenai percintaan, tapi lain dari perkara "Mungkin" yang aku sebut tapi masih melibatkan diri aku..
Aku akan buang perasaan takut dan kuatkan perasaan berani..
BERANI menempuh dugaan,
BERANI menempuh masa depan,
BERANI merempuh ketakutan,
BERANI merempuh halangan.
P/S : Jangan terlalu Riak, Jangan terlalu Berharap, Jangan terlalu Takbur
Ikhlas dari : Rahiman Rahmat
Follower members :
imanbg cover
Monday, July 29, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Moving forward..
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hi korang, Selamat Pagi.. Kepada Muslim, korang pose tak hari nie?? Insya'Allah korang pose ye.. Pada yang tidak tu, pasti ada alasan tersendirikan.. Jangan lupe ganti ye.. =)
Pepagi yang tenang ini, aku saje nak share ngan korang, macam mane aku boleh rase tenang dan rase nak terus maju ke hadapan.. Biasalah, kita hidup di dunia ini mempunyai perasaan dimana kita dapat merasakan macam-macam jenis seperti suka, duka, sedih, perit, gambira, sakit dan macam-macam lagi.. Setiap perkara yang berlaku pada diri kita sebenarnya sudah ditakdirkan oleh yang Maha kuasa Allah SWT.. Tapi bukan semuanya yang dikawal olehNya.. Kita boleh mengubah takdir kita jika kita usaha lebih dari sepatutnya.. Ada yang ingin menghiburkan diri dengan makanan, ada yang melayan perasaan hingga jadi gila, ada yang meroyan tak tentu pasal, dan macam-macam lagi la perkara yang manusia nie lakukan untuk memuaskan mereka sendiri.. Ada yang tak boleh nak bersendirian, maksud aku yang tak boleh berstatus single.. Mesti nak ada pasangan supaya tidak kesunyian, kiranya nak perhatian lebih la.. Mungkin tidak cukup kasih sayang dari keluarga sendiri kot.. Tapi takpe, itu semua hak masing-masing..
Nie aku nak cerita sikit pengalaman aku betul-betul menyayangi seseorang lebih dari segalanya dan akhirnya berakhir begitu sahaja.. Secara jujur memang sangat menderita.. Aku kemurungan, aku kebingungan, aku tak terurus, aku mula malas nak belajar dan macam-macam lagi.. Senang cite aku dah putus asa la.. Ye la, macam-macam kita lakukan, tapi tak pernah dihargai, malah nak lebih lagi.. WOW..!! Agak sukar jugak la nak memujuk hati ini.. Tapi Alhamdulillah, dengan berkat doa, berkat kesabaran, aku secara perlahan-lahan aku bangkit kembali menuju ke hadapan.. Tidak mahu lagi toleh ke belakang, dimana aku alpa dengan orang yang tidak menghargai aku, aku lupa bahawa aku ada keluarga yang sentiasa ada untuk aku, aku sanggup menipu kerana ingin menjaga hati orang yang aku sayang tapi tah kemana.. Aku mula sedar sekarang bahawa cinta sememangnya tidak boleh terlalu dalam..
Disaat aku mula bangkit kembali, tidak dinafikan sememangnya aku masih rindu pada si dia.. Cuma aku tidak mahu mengganggunya yang sedang bahagia.. Aku tidak mahu mengingat kembali perkara lepas.. Semakin aku cuba, semakin kuat perasaan rindu aku padanya.. Setiap malam aku bermimpi aku bertemu dengannya.. Aduh, memang sudah tahap kritikal.. Tapi aku tidak mengalah, aku tetap cuba melupakannya.. Hampir setiap saat aku berdoa supaya tidak lagi dihantui oleh si dia yang bermain didalam fikiran aku.. Dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku berjaya merentasi perkara diatas.. Apa yang harus aku lakukan adalah terus maju ke hadapan tanpa sebarang memori lampau..
Kini, aku masih didalam ketogori Pelajar.. Di samping itu aku mula berjinak dengan perniagaan.. Sedikit demi sedikit aku buat kerja untuk mendapat hasil pendapatan supaya perniagaan yang aku idamkan berjaya dibuka dalam masa terdekat..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku cuba menyibukkan diri dengan kerja yang bertimbun..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku rapat dengan kawan-kawan lama, juga kenalan baru..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku tidak berseorangan dimana aku mempunyai keluarga yang sentiasa bersama aku dan sentiasa merindui aku..
Aku terus maju ke hadapan dimana aku mula sedar apa yang aku harus lakukan dari dulu lagi..
Aku juga ingin berterima kasih kerana ditemukan si dia..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku masih lagi menjadi orang yang tidak berguna..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak punyai cita-cita..
Jika aku tidak menemuinya, mungkin aku tidak ada pencabar..
Alhamdulillah sekali lagi, aku diberi peluang dan rezeki yang murah oleh Allah SWT.. Aku sudah mula berada dilandasan yang betul.. Insya'Allah aku akan terus berjaya dan terus maju ke hadapan..
p/s : Lagu dibawah membuat aku bersemangat untuk bangkit untuk teruskan kehidupan aku terus maju ke hadapan..
Iklas dari : Rahiman Rahmat
Monday, July 22, 2013
BUKAN vs S.U.N.D.A.L..
VERSUS
* Kau sundal; memang dasar perangai macam celaka,
* Kau sundal; ada otak tapi letak kat lutut,
* Kau sial; memang dasar nak kena maki,
* Kau sial; ada otak tapi letak kat kaki,
* Kau dajal; bab mainkan perasaan lelaki memang kau hebat,
* Kau dajal; dasar pengkhianat, si musibat,
* Kau betina sundal; lepas mainkan perasaan orang kau cabut lari dan salahkan orang,
* Kau makhluk keji; otak kau ni otak manusia tapi letak kat kaki?
* Darah kau warna hitam ke! atau hati kau yang warna hitam celaka!'
* Dimana letaknya hati manusia kau; dan-dan kau dapat lelaki kau layan.janji boleh sental kau puas,
* Hey betina sundal; kenanglah sedikit budi sesama manusia,
* Memang kesal aku; pasal kau betina sundal luahan hati kau aku percaya bulat-bulat, akhirnya aku sendiri yang tersungkur parah,
* Apa kau dah buat pada aku sial; ada akal tapi pemikiran cuma tahap longkang yang penuh dengan sampah sarap.
* Eh betina sial! Kau semua buat nafas aku sesak!
* Eh betina sial! Kau buat otak aku semak!
* Wahai betina sundal sial; buatlah sesuatu supaya ayat aku tidak melangkah lebih panjang lagi, aku penat sial, digantung terkial-kial, jangan sampai aku menulis kisah keluarga kau pulak sundal sial !!!.
* Aku bersedia dan dah menjangkakan segala kemungkinan akan berlaku keatas diri aku, dah pun berlaku cuma belum yang terburuk sahaja, buatlah apa kau nak buat cuma itu sahaja permintaan kecil dan ringkas aku, selagi aku masih tergantung selagi itu aku akan menulis,
* Terpulanglah kepada kau berapa lama lagi kau nak mengantung aku tetapi ingat artikel tetap akan aku terbitkan cuma tak selaju dahulu....kira itu sula kasi muka sama lu olang tau ka !!!!, kalo wa cakap lu tatak paham lu pigi cari kamus baca lulu.....
* kau doakan aku panjang umur kalau tak.......semua artikel, laman webs, blog dan media yang lain akan jadi kenangan kau seumur hidup selagi kau hidup didunia ini...dan selagi ia tidak dipadamkan oleh aku selagi itu ia wujud...aku sudah berkata dari awal jangan sampai air-mata kau sendiri yang akan menemani hidup kau..
* kalau kau masih berdegil nak mengantung aku....terpaksa lah aku penuhkan data yang aku kosongkan didalam artikel...malu, segan dan maruah tercemar kau kena tangung sendiri sebab kau yang memulakan pengkhianatan ini yang nyaris mencabut nyawaku 2 ( DUA ) kali.
* Permintaan yang ringkas pun kau tak mampu lakukan, memang kau lebih hebat dari abang sial kau...tidak tersangka aku sikap dan perangai mereka yang arif itu kau boleh mewarisi....sungguh kesal aku percayakan kau bulat-bulat dari awal..puncanya bala musibah yang menimpa aku sekarang..
p/s : Perkara diatas tiada kena mengena dengan aku atau sesiapa pun.. Akan tetapi kalau ada yang terasa, bagus la sedar diri.. Aku jumpa puisi nie semasa Search Google.. Macam best je.. =)
Petikan dari : Sini
Wednesday, July 17, 2013
Monday, July 15, 2013
Thanks..
Kata kata di atas nie sangat bermakna dimana selama 24 tahun aku hidup di Bumi ciptaan Allah SWT ini banyak juga aku pelajari erti kehidupan. Setiap manusia diberi kehidupan yang berlainan. Ada yang hidup secara selesa, dan ada yang hidup secara merana. Alhamdulillah aku dibesarkan dengan cara Sederhana dimana tidaklah semua benda yang aku pinta akan aku dapat, sekurang kurangnya orang tua ku mampu memberi kami adik beradik makan, pakai, keperluan. Kalau pasal kehendak tu, kami kene usaha lebih la. Huhu~~..
Dalam kehidupan aku, ramai juga yang aku kenal, ramai yang sudah lost contact, ramai juga yang baru ku kenal. Alhamdulillah sekali lagi kepada mereka yang setia berkawan bersama aku, walaupun sudah faham ragam aku, di waktu aku susah dan senang tidak sama sekali ketepikan aku, malah ada yang betul betul ambik berat pasal aku. Kepada yang hanya singgah sementara tu, terima kasih juga akan kehadiran kalian. Disini barulah dikatakan "balance" dimana ada perasaan gembira dan luka. Gembira sememangnya sementara, tapi luka memang kekal di dada.
Aku sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sederhana, disini aku belajar erti kehidupan yang sebenar dimana aku mampu hidup walaupun dalam keadaan susah. Aku sudah merasa bagaimana hidup keseorangan lalu demam dan sakit melanda diri ini. Sememangnya diri sendiri juga perlu kuat dan cekal untuk teruskan hidup. Alhamdulillah dengan jiran dan kawan yang ada, mereka bantu serba sedikit.
Disini juga aku belajar tidak meninggi diri dan berkenalan dengan sesiapa sahaja yang ingin berkenalan. Orang seperti aku sememangnya mudah didekati jika mereka yang mulakan perbualan. Aku bukan friendly punya orang, tapi bila dah kenal, memang tak larat korang nak layan aku. Aku juga tidak mudah berkata kata jika baru jumpa dengan seseorang, akan tetapi bila aku sudah bersuara maka sampai Subuh belum tentu habis. Pergaulan aku memang agak kasar, kepada yang faham sahaja akan mampu bertahan.
Ape aku merepek nie.?? Dah la, aku stop sini dulu. Memang cerita tergantung, malas nak naip panjang panjang. Bukan ade sape bace pon. Huhu~~..
Assalamualaikum..
Ikhlas dari : Rahiman Rahmat
Subscribe to:
Posts (Atom)





