Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza.
Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk
seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami ,
memahami dan mengenalinya.
Sifat semula jadi seorang lelaki
iaitu
ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi,
sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya,
tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia
setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah
sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya,
tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati
si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui
dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Di bawah
merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya
lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.
1. Fahamilah perasaan suami
Faham
persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk
mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami
sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak
berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan
Wanita
mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah
satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada
diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.
Mungkin ada
beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi
dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang
kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya
Secara
umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan
sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada
di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada
perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan
terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama
Cipta
perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana
berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan
keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan .
Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan
kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan
Dengarlah
dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan
gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Menghormati diri sendiri
Seorang
wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang
tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga
maruah rumahtangga.
Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi
dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat
taulan atau jiran tetangga.
Wahai para isteri, ingatlah bahawa
hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya
melalui mana-mana pintu! :)
Petikan Dari :
malaysiantabloid